Thursday, 15 September 2016

Menawan Puncak Gunung Santubong, Sarawak


Assalamualaikum semua

Gunung Satubong terletak lebih kurang 35 km daripada Bandaraya Kuching.  Mempunyai ketinggian 810 m @ 2657  kaki dari aras laut dan merupakan gunung yang sangat terkenal dengan lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang. Mitos yang sangat popular ini menjadikan Gunung Santubong sebagai antara destinasi pilihan pendaki-pendaki gunung.

Gunung ini boleh didaki melalui 3 pintu masuk iaitu melalui Pusat informasi, Green Paradise Seafood dan Bukit puteri.  Trek yang sering menjadi pilihan pengunjung adalah melalui Bukit Puteri. Jarak trek ini adalah lebih kurang 6.5 km untuk pendakian naik dan 6.5 km untuk pendakian turun.  Tapi saya melalui trek daripada Pusat informasi.  Pendakian bermula jam 7.20 pagi.  sebelum mendaki snap gambar dulu... hihihi.  Kali ini saya hanya membawa Izah sahaja.




Pendakian pada awalnya lebih kepada aktiviti 'jungle trecking' kerana saya melalui denai yang landai serta melintasi jeram yang kecil.  saya difahamkan laluan ini akan menjadi licin dan sukar sekiranya musim hujan.  Nasib baik cuaca sehari sebelum itu panas. jadi trek tidak licin lah.  turut juga disediakan jambatan kayu untuk memudahkan para pendaki melaui jeram.  Trek laluan disediakan dengan baik.  Setiap check point disediakan tanda berwarna merah (cat @ kain yag diikat pada batang pokok) untuk memudahkan para pendaki.



 

 

 

 



 

lebih kurang 1 jam saya tiba di check point F7. Check point ini merupakan titik pertemuan trek dari pusat informasi dan trek dari Bukit Puteri.  terdapat bangku-bangku disediakan untuk para pendaki berehat.  Di sini juga saya telah mula dapat melihat pemandangan sekitar kampung Santubong.

Bermula dari point F7 inilah cabaran yang sebenar menanti para pendaki.  Trek yang curam dan banyak akar.  Saya perlu melangkah dengan berhati2 kerana laluan tersebut berselirat dengan akar dan batu2 licin yang berlumut.  kekuatan mental dan fizikal memang teruji hingga tahap maksima. lebih-lebih lagi apabila bertemu dengan laluan curam 90 darjah yang menanti depan mata saya.  Saya perlu memanjat tangga kayu yang diikat dengan tali pada cerun yang mempunyai ketinggian antara 15 hingga 20 meter tinggi.  Saya yang berbadan kementot ni memang terkial-kial nak memanjat kerana jarak tangga yang agak jauh.  apalagi bila tangga itu berbuai2 ditiup angin.  kalau tersilap langkah atau genggaman tangan tak kuat boleh menyebabkan tergelincir atau terjatuh.

 

 

 

 


saya sendiri macam tak percaya yang saya boleh memanjat tangga yang curamnya 90 darjah.  Apatah lagi apabila saya menyedari yang diri ini amat gayat dengan ketinggian.    lebih kurang jam 11.10 pagi, saya pun sampai ke puncak gunung Santubong ini...  Tapi sebaik sahaja melihat keindahan pemandangan daripada puncak gunung ini, rasa hilang segala penat lelah...



inilah pemandangan dari puncak Gunung Santubong yang sangat cantik.  Pemandangan Bandaraya Kuching jelas kelihatan pada puncak gunung ini..


inilah gambar kenangan kami semua... 11 orang yang berjaya menawan puncak Gunung Santubong... Gambar kat bawah ni pulak aksi dan ragam saya di puncak gunung.. hahaha...


 

 

Di puncak ini saya berehat lebih kurang 30 minit.  bergambar dan makan bekalan yang dibawa. Lebih kurang jam 11.40 pagi saya mula bergerak menuruni gunung ini.  Perjalanan menuruni gunung ni saya dah mula terpisah dengan yang lain.  waktu ini memang bergantung kepada kelajuan masing2.  Izah memang saya dah tak nampak. maklum lah remaja.  stamina masih mantap lagi.  dia memang laju..  so sambil2 turun gunung tu saya berhenti2 dan selfie sorang2...

 

Pendakian turun juga amat mencabar mental dan fizikal.  Saya perlu berhati2 ketika melangkah turun kerana laluannya sangat curam dan akar kayu yang berselirat menyukarkan laluan.  Kalau tersilap langkah memang boleh sersandung atau tergelincir. Saya perlu sentiasa berwaspada.  Di samping itu juga, saya kena pastikan yang saya mengikut laluan yang betul berpandukan tanda merah pada pokok untuk mengelakkan daripada tersesat.  Akhirnya setelah bertungkus lumus sesorang, saya berjaya sampai ke pintu masuk pusat informasi pada jam 3.40 petang.  Maknanya saya mengambil masa lebih kurang 4 jam mendaki dan 4 jam menuruni Gunung Santubong ini.

Bagi pendapat saya walaupun Gunung Santubong ini hanya mempunyai ketinggian 810 m @ 2657 kaki, tetapi ia mempunyai tahap kesukaran pendakian yang tinggi.  Jika dibandingkan dengan menawan Puncak Gunung Kinabalu (4095 m @  13 435 kaki tinggi) menawan Puncak Gunung Santubong lebih mencabar fizikal dan mental berdasarkan pengalaman saya mendaki kedua2 puncak gunung ini.  

Perasaan  gembira dapat dirasai oleh saya setelah berjaya menawan puncak Gunung.  Kepada yang berkeinginan untuk menawan puncak gunung ini, persediaan fizikal sahaja tidak mencukupi.  mental juga perlu kuat.  lebih2 lagi apabila berdepan dengan laluan yang mempunyai kecuraman 90 darjah yang mana terdapat tangga kayu yang perlu didaki.. Pesanan saya, jangan menoleh ke belakang semasa mendaki.


sekian entry saya untuk kali ini.
wassalam


           

No comments: