Entry kali ini saya nak kongsi cara saya membuat mashed potato yang digemari oleh anak2 sy. sampai menjilat pinggan sedapnya... itulah kata anak2 saya sebab dia orang akan makan dan jilat pinggan tu.. dapt bayangkan betapa sukanya anak2 saya dengan mashed potato ni.
sebenarnya saya memang tahu anak2 saya memang suka masakan ala western ni. kalau beli kat luar harganya boleh tahan juga. jadinya perlahan2 saya belajar buat dengan bantuan resepi yang dikongsi di dalam blog2 masakan melalui pakcik google.
Resepi mashed potato
bahan-bahan
5-6 biji kentang
1/2 sudu teh serbuk blackpaper
2-3 susu segar. saya guna susu cair aje
caranya (rujuk gambar ye)
1. Cuci dulu ubi kentang. buang segala tanah yang melekat. kemudian rebus ubi kentang sampai empuk.
2. setelah empuk toskan airnya. kemudian masukkan air paip aje untuk kurangkan panas. semasa masih panas tu kupas kulitnya. kupas guna tangan aje. senang aje kulit ubi kentang tu nak tanggal.
3. setelah tu lenyekkan ubi kentang dengan menggunakan garfu atau apa2 yang sesuai sehingga hancur semuanya. kemudian masukkan serbuk blackpaper dan susu. gaul hingga sebati. ketepikan
Untuk sosnya
bahan-bahan
1 biji bawang holland (yang warna kuning tu)
1 ketul kiub pati ayam (saya guna brand knorr)
1/2 sudu besar kicap
1/2 sos tiram
1/2 sos tomato
1 sudu teh serbuk blackpaper
2 sudu besar butter
4 sudu besar tepung gandum
2 cawan air
daun saderi/ daun sup ( yang ini saya tak letak sebab x ada stok kat rumah)
cara-caranya
1. bawang holland dipotong dadu
2. panaskan butter dan tumis bawang hingga layu
3. masukkan tepung gandum
5. masukkan air dan kiub pati ayam. kemudian masukkan bahan yang lain. biarkan hingga merenih seketika hingga pekat. kepekatan ikut citarasa sendiri ye. matikan api.
6. setelah itu blend hingga hancur. kemudian saya panaskan semula hingga mendidih. siap.
sekian perkongsian resepi saya hari ini. wassalam..
No comments:
Post a Comment