entry ni sebenarnya dah lama terperap dalam draf. kesibukan tugas menyebabkan aktiviti untuk membelek blog terbantut. Gunung Singai di Kuching Sarawak memang kerap saya kunjungi. antara sebabnya adalah trek yang sangat sesuai untuk mereka yang ingin membawa anak2 yang bersekolah rendah.
pemandangan di Gunung Singai tidak pernah mengecewakan.
sebaik sahaja selesai mendaki bersama ahli kelab, kami terus menuju ke Kg Segong untuk menginap di homestay tersebut. jumpa pulak buah jambu putih. biasa jambu air warna merah, bila jumpa warna putih terus ras pelik. kebetulan ada yang dah boleh dimakan. saya pun ambil sebiji dan makan. rasanya tak jauh beza dengan jabu air merah..
besar betul ulat gonggok yang saya jumpa ni.. biasa jumpa yang kecil aje. snap gambar dari jauh ajelah ye. tak berani nak sentuh takut benda lain pula yang jadi.
kami perlu berjalan lebih kurang 10 minit untuk sampai ke destinasi. mujurlah tak banyak barang yang dibawa. masa ni saya pakai selipar aje sebab lalu jalan kampung dan kebun aje.
bila dan berkumpul sekali, aktiviti selfie beramai2 memang menjadi perkara penting...
sampai di Kg Segong, makanan tengahari pun telah tersedia dan yang membuatkan saya teruja adalah hidangan sayur bunga durian... yea... macam tahu2 aje saya punya keinginan. rasanya memang sedap. berkali2 saya tambah (tak ingat dah) dan makan sayur bunga durian ni.
selesai makan, aktiviti berendam pula. tapi sebelum tu eksited pulak nak kutip bunga durian. banyak kat sini sebab memang tengah musim durian berbunga. kalau musim buah memang tak adalah lah dah bunganya.
kat sini ada air sungai yang mengalir jernih. airnya sejuk dan tidak dalam. memang sesuai untuk beriadah bersama anak2 dan keluarga.
pada sebelah malam kami disajikan dengan hidangan pulut yang dimasak di dalam periuk kera. ada sesetengah yang diletakkan inti sambal atau kacang. pulut akan dimasukkan ke dalam periuk kera ni. kemudian dituangkan santan sebelum dikukus hingga masak.
terasa macam berada di Zaman 60an pula bila melihat ada piring hitam di sini. maka sepanjang malam lah lagu2 irama 60an dipasang di sini...
pada sebelah malam diadakan barbeque. memang lupa diet terus ila saya dengan tidak sedar diri meratah kambing bakar dengan banyaknya. sedap betul rasa kambing yang telah diperap dengan segala rempah pada siang hari lagi. gambar sebelah malam tak ingat nak snap sebab masing2 leka menikmati hidangan malam.
saya tertarik dengan struktur binaan bangunan ini yang menggabungkan kayu dan buluh. terdaapt juga kayu yang digunkan adalah kayu yang terdapat disekitar kebun ini yang diwarnis untuk mengekalkan keaslian warna kayu.
sekian entri kasa kali ini. wassalam
No comments:
Post a Comment