Tuesday, 3 October 2017

seni mengait yang semakin dilupakan


assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

sebelum ni saya pernah upkan entry mengait.  tapi bila tengok balik banyak gambar2 yang saya kongsikan dah hilang.  redha ajelah.

pertama kali saya belajar mengait adalah ketika saya baru habis SPM.  sebelum tu saya selalu melihat mak cik saya mengait.  daripada alas meja, sarung bantal, cadar,  beg botol air dan banyak lagi dia buat.  mungkin mak cik saya tengok macam saya berminat, dia adalah cuba ajar saya.  masa tu saya di ajar cara membuat tali air aje..

lepas SPM saya tak ada benda nak buat.  asa tu saya cuma masuk kelas komputer dan menaip aje.  so masa yang terluang tulah saya gunakan untuk belajar mengait.  sejak itu saya selalu lah beli benang setiap kali cuti semester sebagai aktiviti sepanjang cuti.  so dapatlah saya siapkan alas meja dan sarung bantal bentuk love..

bila dah bekerja dan bekeluarga, aktiviti mengait saya dah mula berkurang.  kesibukan bekerja dan menguruskan keluarga membataskan saya untuk mengait.  walaupun keinginan tu ada tapi masa tak ada.  so terperap lah hobi tu.

tapi anak saya Wani memang dari kecil lagi saya tengok dia suka pada bidang seni.  melukis dan mewarna memang jadi kegemaran dia.  water colour tu dia boleh guna tanpa diajar dan hasilnya memang cantik pada pandangan mata saya.

satu hari anak saya ada tunjuk baju anak patung yang dia lihat dalam instagram.  baju tu nampak seperti dikait dan harganay memang mahal.  saya terus cakap tak payah beli. mahal.  saya tahu nak buat.  lepas tu terus saya pergi kedai untuk beli benang dan jarum kait.  saya ajarlah Wani asas2 mengait.  macam yang saya cakap sebelum ini, Wani memang minat dengan seni.  saya tak perlu nak ajar susah sangat.  sekejap aje dia dah faham.   maka terhasillah selendang untuk anak patungnya.  (tak ada gambar pulak nak tunjuk)

entah macam mana baru2 ini saya boleh lah pula termasuk dalam group FB Geng mengait.  bila tengok hasil kaitan yang dikongsi dalam group itu, saya jadi teruja pula nak mula mengait.  saya pergi kedai da terus borong benang kait dengan banyaknya.  niat di hati nak buat alas meja.

ok.  saya kongsikan anatara hasil kaitan yang menarik minat saya di dalam group tersebut (Fb geng mengait reen dan FB geng hobi mengait) dan berada dalam senarai saya untuk dibuat nanti..  harap2 janganlah hilang gambar ni..




tissue box yang catik dan berwarna warni...



kaitan bentuk daun yang dijadikan penyeri kalau buat bunga.


bunga ros dan daun sekali dengan diagramnya



key chain bentuk ikan ayng comel


yang ini pun cantik jugak



kasut baby yang comel.  nampak macam simple aje tapi saya perlukan diagram untuk hasilkannya.


 

yang ini sebab dah ada diagram, mungkin boleh lah saya buat.  tapi saya nak besarkan untuk jadikan beg lah.  yang kecik ni utk letak telur.  mungkin tak sesuai sangat untuk dibuat



beg botol air yang cantik...




yang ini saya nak kena belajar sebab tak tahu macam mana dan gabungkan dua benang.  dah tengok kat u tube tapi kena fahamkan betul2.





penting untuk kita faham diagram.  saya mula belajar dulu pun kena faham diagram dulu.  yang ini adalah contoh diagram untuk kopiah.



dan yang penting sekali adalah istilah2 dalam seni mengait dan diagramnya...



inilah antara beang yang saya borong di kedai yang jual barang2 jahitan.



harap2 semangat mengait saya akan berterusan lah sampai misi tercapai...  sekian, wassalam.



No comments: