assalamualaikum dan selamat sejahtera semua
sebenarnya dah agak lama juga saya tidak menjejakkan kaki ke pantai damai ini gara2 insiden anak saya cedera semasa bermain dipantai. lepas tu viral pulak pasal kemunculan buaya di pantai. lagi lah saya risau keselamatan anak2. Tapi disebabkan kehadiran emak saya dan anak buah saya, maka saya bawalah mereka meronda2. dan salah satu destinasi yang sememangnya suka dikunjungi oleh pelancong adalah pantai Damai yang terletak di Santubong.
masa kami sampai ni dalam jam 6 petang. memang hampir maghrib lah. dapatlah melihat matahari terbenam. pemandangan yang memang sangat indah.
gambar dibawah ini disnap pada waktu yang hampir sama tapi menyajikan pemandangan yang berbeza. yang atas tu snap dari kanan dan satu lagi dari sisi kiri pula.
jom cari benda tersembunyi dalam gambar di bawah ni... siapa dapat jumpa angkat tangan. hahaha
ini pula salah satu tempat wajib bergambar kalau datang ke Pantai ini.
yang ini pula saya snap dari jauh pula. masa ni dah mula bergerak ke surau yang disediakan di sini untuk solat maghrib.
disebabkan lama tak datang sini, rupanya ada horse ride disediakan. disebabkan dah maghrib harga dikurangkan daripada RM10 kpd RM5 seorang.
sekian entry jalan2 saya kali ini.
wassalam
No comments:
Post a Comment