semenjak saya aktif dengan running dan hiking ni boleh dikatakan setiap minggu memang penuh aktiviti. cuma sekarang ni saya kurangkan join running event sebab terdapat yuran penyertaannya yang rata2 kadarnya adalah RM50 seorang. Azim suka join. kalau 2 orang dah RM100. saya rasa macam tak berbaloi pulak. so kalau tak ada apa2 aktiviti sangat biasanya saya jogging aje untuk kekalkan stamina.
sebenarnya ini last minit event ayng saya tahu. tiada yuran penyertaan dikenakan. hanya perlu mendaftar guna whatsapp sahaja untuk melayakan cabutan bertuah. so saya daftar bersama ke3 anak saya. tak jauh pun. cuma 3 km sahaja.
kami sampai jam 6.30 pagi. ada sesi warming up sebelum larian dan aktiviti dancerobik selepas larian.
muka ceria bila dah berjaya tamatkan larian 3 km. masa ni Izah dan Wani belum sampai lagi. Azim ni lah best friend saya untuk jogging atau running event. biasa dia jadi ghost runner aje. saya register seorang. cuma lately ni dia dah mula request untuk join berdaftar sebab dia nak dapat baju, bib dan medal.
tak lama lepas tu barulah Wani dan Izah sampai. dia orang jarang join larian. so stamina memang tak berapa kuatlah. nampak tercungap2 juga mereka berdua terutama Izah. mungkin sebab agak lama juga mereka stop aktiviti hiking dan running sebab nak beri focus kepada peperiksaan UPSR dan PT3.
kami berehat sebentar sambil mendengar keputusan cabutan bertuah dengan harapan nama kami disebut. tapi..... hampa. tak apalah. tak ada rezeki kami.
mungkinada yang tertanya2 macam mana saya dapt lari pada pagi2. untuk pengetahuan semua, biasa sebelum lari saya akan minum air oat. tak susah sangat pun sebab cuma perlu diletakkan air panas dan sedikit susu ke dalam mug ini. biasanya saya akan terus bawa masuk dalam kereta. bila dah sampai baru saya minum seteguk dua sebelum lari. setakat ini ianya membantu memberi tenaga kepada saya.
sekian, entry saya kali ini. semoga bersua lagi.... wassalam.
No comments:
Post a Comment