assalamualaikum semua
setelah 2 tahun menggunakannya akhirnya pada isnin lepas (14 september 2015) setelah seminggu tidak dapat berfungsi, saya kena merelakan ianya diganti baru..
warranty pun dah habis. terpaksalah mengeluarkan budget tambahan untuk memastikan talian telefon di rumah dapat berfungsi semula dengan baik...
inilah telefon cordless yang sudah 2 tahun berkhidmat dengan keluarga saya. warna hitam. sama warna dengan rak sudut tu. setelah saya bawa ke telekom, technician kat telekom tu memaklumkan bahawa telefon ini dah rosak. terpaksalah diganti baru... sob.. sob... sob....
kat Telekom tu cuma ada 1 aje telefon cordless. yang lain semua jenis yang pakai wayar tu.. kalau nak murah boleh aje ambil yang pakai wayar. tapi disebabkan dah selesa guna yang cordless beli jugaklah walaupun terpaksa membayar 2 kali harganya berbanding yang berwayar tu... saya tanya kalau2 ada yang warna hitam. tak ada pulak... yang ada warna putih.. huhuhu..
bila dah siap pasang nampak ok jugak kan?? jadilah.. asalkan boleh berfungsi semula, saya dah puas hati. walaupun handphone saya memang ada pakej data, saya tetap nak guna juga streamyx sebab kadar kelajuannya yang berbeza. kalau kat rumah automatik saya guna wifi. lagipun boleh digunakan oleh ramai penghuni dalam rumah ni. maklumlah sekarang ni dah moden. masing2 ada handphone sendiri termasukkan anak saya yang paling kecik yang umur 10 tahun tu...
sekian.. wassalam.
No comments:
Post a Comment