Thursday, 17 November 2016

Waterfall Lanchang Sabai, Serian, Sarawak

assalamualaikum semua

semenjak dua menjak ni saya asyik pos aktiviti hiking aje kan..
nak buat macam mana sekarang ni dah terjebak dengan group hiking pulak..
boleh dikatakan tiap2 minggu join hiking.

sebenarnya aktiviti hiking ni sesuai untuk mereka yang sukakan alam semula jadi.
tapi kena ingatlah, kalau mendaki tu pastikan apa yang dibawa ke atas mesti dibawa semula ke bawah untuk mengelakkan alam tercemar akibat perbuatan kita.  walaupun sekecil pembalut coklat, silalah bawa turun semula dan buang ke dalam tempat yang sepatutnya...

disebabkan sibuk, hari ini baru saya berkesempatan untuk update blog.  kali ini saya menjejakkan kaki ke air terjun Lanchang pula.  tapi kalau guna google map ejaannya Ranchang... hentam aje lah. janji tempat yang dituju tu betul.  saya diberitahu, kawasan ini penduduk majoritinya adalah kaum bidayuh.

seperti biasa, saya kena bergerak dari rumah sebaik sahaja selepas solat subuh dan bertemu di check point yang telah ditetapkan sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi tersebut.

perjalanan menuju ke air terjun ini mengambil masa lebih kurang 1 1/2 jam pergi dan 1 1/2 jam balik.
trail ini adalah trail berhutan yang tidak mempunyai penanda.  guide diperlukan untuk mendaki.  trail ini juga ada pacat tapi tidak sebanyak trail di Gunung Penrissen.

kami perlu  melalui kebun dahulu sebelum sampai ke hutan..  trial adalah jenis berbukit2 dan kami berjalan melalui denai di lereng2 bukit.  memang kena berhati2 kerana laluan ini sangat kecil. kalau tersilap langkah boleh tergelincir dan jatuh ke dalam jurang yang curam serta boleh mencederakan pendaki.

untuk sampai ke air terjun, kami perlalu menyeberangi 3 kali jeram.  disebabkan air tidak terlalu tinggi saya berjaya melalui setiap jeram itu tanpa membasahkan kasut.  hanya memijak batu2 besar sahaja.  tapi kalau musim hujan memang tak dapat nak elak lah, terpaksa meranduk air.

saya kongsikan gambar2 yang sempat saya rakam sepanjang aktiviti hiking saya ke air terjun ini.

 

ini laluan kebun orang.  masa ni saya ada berselisih dengan penduduk kampung yang baru keluar dari hutan.

 

 

 

cuaca sangat cerah.  air di jeram ini memang jernih dan sejuk.  macam kristal airnya...   terasa amat puas bila sampai sahaja ke air terjun.  pemandangannya amat cantik. apa lagi bila dapat mendengar bunyi jatuhan air terjun yang sangat mendamaikan.

 

  


 




sebelah kiri gambar adalah air terjun utama.  disebelah kanan pula kita dapat lihat aliran air yang kecil pula.  memang cantik pemandangannya..


 

 selepas berehat, makan2 dan mandi manda lebih kurang 1/2 jam kemudian. kami pun bergerak pulang...

 

 

 

 


pokok padi yang tengah membesar


pokok lada hitam

sekian, wassalam


like