Selain ruang tamu, ruang makan merupakan ruang sosial dalam kediaman kita. Di samping tempat kita makan minum dan menjamu tetamu. Ruang makan juga digunakan untuk mengadakan majlis dan tempat bekerja kita dan anak-anak.
Sesetengah kediaman mempunyai pelan yang berbeza dan tidak luas ruangnya seperti:
- Ruang tamu luas tetapi ruang makan sempit
- Ruang tamu dan ruang makan sama-sama sempit
- Berkongsi ruang (ruang tamu+ruang makan), (ruang makan+dapur)
Bagi menghadapi masalah ruang makan yang terhad, H.A kongsikan lima cara untuk mengatasinya.
1#Meja Makan Bersegi Bukan Bulat
Meja makan bentuk bersegi sesuai untuk ruang makan yang sempit. Meja bersegi yang boleh dilipat, dipanjang dan dipendekkan adalah nilai tambah pada meja dan ruang makan kita.
Bagi pengunaan meja bulat dan meja berbentuk bujur, ia tidak sesuai kerana memakan ruang. Pertambahan bilangan kerusi menambahkan lagi diameter meja bulat tersebut.
2#Kerusi Makan Santai
Menjadi gaya terkini meja makan tidak dibeli bersama dengan kerusi makan. Menjadi ruang makan kita nampak menarik, ceria dan tidak nampak tipikal atau membosankan. Cara atasi ruang makan yang terhad ialah memilih kerusi makan yang santai. Kerusi ini terdiri daripada kerusi lipat, bench dan stool.
Kelebihan kerusi santai ini ialah boleh disimpan apabila tidak diperlukan dan dapat memuatkan bilangan tetamu walaupun meja makan kita untuk empat orang boleh menjadi enam orang.
3#Troli Mudah Alih
Tidak lengkap ruang makan tanpa tempat penyediaan makanan atau tempat simpanan pinggan mangkuk dan kulteri yang berhampiran untuk memudahkan kita mengambilnya tanpa perlu ke dapur.
Troli mudah alih adalah satu cara untuk tempat penyedia makanan atau tempat simpanan jika ruang makan kita terhad untuk meletakkan perabot seperti sideboard, buffet, meja konsol atau kabinet cermin.
4#Cermin Memanjang
Letak cermin, ruang menjadi luas! Semudah itu. Cermin memberikan ilusi ruang kelihatan luas dan berganda. Pemasangan cermin berbentuk horizontal memberikan ruang nampak memanjang.
5#Lampu Nampak Hidangan
Cahaya lampu memberikan peranan yang amat penting di ruang makan. Selain cermin, lampu juga membantu memberikan kesan terang dan luas. Siling kebiasannya dipasang dengan lampu fluorescent atau downlight. Tambahkan keterangan ruang makan dengan lampu seperti lampu gantung dalam gambar ini.
Selamat berdekorasi dan menjamu selera!
sumber : sini
No comments:
Post a Comment