teknik melipat baju


assalamualaikum dan selamat sejahtera

hari ini tetiba rasa nak kongsi cara-cara melipat baju yang saya praktikkan.  bila cakap pasal melipat baju, rasanya ramai yang merungut sebab tak suka lipat baju. seperti mana yang semua sedia maklum, kain baju merupakan antara kerja rumah yang mempunyai proses kerja yang banyak.  Bermula daripada mencuci (sekarang guna mesin basuh aje), menjemur, angkat daripada jemuran, melipat dan menyimpan dalam almari.


tip melipat baju saya adalah


1.     Asingkan baju
2.     Lipat selimut, cadar dan pakaian dewasa dahulu.  Dengan cara ini secara automatik kita dapat aura positif sebab nampak baju yang berlonggok itu cepat susutnya.
3.     kemudian baju kanak-kanak, diikuti baju dan seluar dalam, dan akhir sekali stokin sekolah.
4.     bagi baju yang berpasangan, saya akan lipat sepasang2 supaya senang cari dan mengelakkan anak2 memakai baju lain seluar lain.  saya ingat lagi anak saya pernah pakai baju merah, seluar hijau dan pergi shopping di Tesko.  Husband saya jenis hentam aje.  malunya rasa sebab nampak janggal sangat.  bila saya tegur husband saya cakap "ala bukannya koyak baju tu.. sempurna"  sabo aje la... start dari situ saya akan pastikan baju dilipat sepasang dan pakaian yang dipakai oleh anak2 dipantau dulu terutama sekali kalau nak keluar jalan2.

5.     siap melipat saya akan panggil ketiga2 anak2 untuk memasukkan baju masing2 ke dalam almari diorang.  diorang dah tahu macam mana nak letak baju mengikut cara yang telah saya ajar. 


asingkan baju. Baju sek saya masukkan dalam bakul aje sebab nak gosok. 


saya juga mempunyai teknik sendiri untuk melipas baju supaya dapat sama saiz aje.  caranya adalah seperti di bawah:


saya guna kotak yang saya kitar semula aje.


letakkan baju. lipat lebihan bawah baju 


lipat kotak kanan


lepas tu sebelah kiri pulak


lipat bawah



hasilnya..


kemudian saya lipat dua pulak

kalau baju sepasang, saya akan ambil seluar dan lipat sekali dengan baju.



inilah cara susunan baju yang saya gunakan.  saya susun menegak dalam laci.  untuk baju yang sepasang saya tegakkan. yang tak jumpa  pasangannya saya letak sebelah kanan dalam bakul merah supaya  tak dipakai sampai jumpa pasangannya baru saya satukan dan letak disebelah kiri. ini susunan baju dalam bilik azim. sebelah kiri sekali baju siang dan baju malam bahagian tengah tu. tali pinggan dia saya gulung dan masukkan dalam bakul merah sebelah dalam tu.  kemas la.  baju anak saya memang tak banyak sangat. tapi yang ini banyak kosong lagi pasal sebahagiannya belum dilipat lagi. hihihi...

sekian..

like