Thursday, 20 July 2017

ke Gunung Santubong lagi..

assalamualaikum semua

entah macam mana dalam kesibukan tugasan, sempat juga saya selitkan diri join hiking ke Gunung Santubong anjuran Pertubuhan Nadi sihat dan Kelab Kembara Anak Sarawak.

mencatat sejarah dalam hidup saya hiking Gunung Santubong dua kali setahun.  Bulan Jun sekali sblm puasa yang lepaas dan Bulan Julai sekali masa org masih lagi mood raya.

trip kali ini berbeza sebab dapat T shirt free.  itu yang bersemangat nak panjat lagi.


selepas taklimat, kami bergambar dulu sebagai kenang-kenangan.  selepas itu kami diberikan T shirt dan dipakai terus sebelum mula mendaki.


ni bahagian belakang t shirt.  yang bahagian depan lupa nak snap pulak. difahamkan program ini adalah sempena sukan SEA ke 29 yang akan diadakan di Kuala Lumpur yang bermula pada 19 Ogos 2017.










kali ini view tak berapa terang.  puncak diselubungi kabus.  gambar di bawah ini lah pemandangan yang paling terang sepanjang kami berada di sini.










masa saya sampai ni group pertama ni dah nak turun.  sempat lah saya bergambar kenangan sebelum mereka turun.  masa ni saya tak mahu turun lagi sebab baru 10 minit sampai.  so saya rehat2 lah dulu sementara menunggu group belakang saya sampai.


sempat saya snap gambar lumut2 yang tumbuh dipuncak Santubong ini.. tak banyak sangat lah lumutnya.


saya berehat2 di pondok kayu ni sambil makan makanan yang dibawa.  atas puncak ni pokok tak banyak, jadi pondok ni memang sangat berjasa kepada kami.





masih dengan mood raya lagi.  ini kuih kapit berintikan kacang tanah yang memang sedappp dimakan terutama sekali di puncak gunung...




sebelum bergerak balik, kami bergambar dulu dengan group kedua pulak...
















sekian, wassalam

Wednesday, 19 July 2017

Mendaki Gunung Kenderung, Gerik Perak


assalamualaikum semua..

dua gunung sekali tapau dalam masa 2 hari gara-gara cuti hiking sebulan.  tapi masih tertumpu di daerah yang sama lah..  kalau kat tempat lain, pengsan nak drive.  

disebabkan nak mengejar awan carpet, pendakian dimulakan jam 2.30 pagi.  pendakian menuju ke puncak dijangka mengambil masa 3 hingga 4 jam. 

sebaik sahaja cuaca mula cerah, sy snap gambar ni.  masa ni sebenarnya saya tengah meghilangkan lelah sebab pendakian yang sangat pacak.. seriau jugak tengok bawah..







yang ini gambar panorama pulak.. cantik betul awan carpet ini.  memang patutlah ramai yang nak hiking awal pagi di sini.   rupanya nak kerja pemandangan cantik ini.



ini pemandangan sunrise di kem solar.  tengok awan tu. cantik sangat macam gula2 kapas.  Entah macam mana ter imagin pulak diri ini ala2 puteri melompat dari satu awan ke satu awan sambil menikmati keindahan awam... hahahaha..........



gambar di bawah ni adalah tempat yang sama tapi waktu yang berbeza.






beraya dengan kek lapis pulak kali ini ye..  tak lupa juga ketupat rendang di puncak ni.  memang meriah lah suasananya. dengan ahli group yang sangat sporting.





sebenarnya anak saya izah kena sengugut waktu ni.  sampai di kem solar dia cakap dia tak amhu teruskan ke puncak sebab x tahan sakit.  saya bagi dia makan untuk dapatkan tenaga, tapi muntah balik.  so saya ambil keputusan tak meneruskan pendakian ke puncak.  Frust jugak sebab puncak dah tak jauh lagi.  tapi mengenangkan keadaan Izah saya batalkan niat.  mungkin lain kali lah.




walaupun baru pertama sekali bersua, group hiking yang saya join ini sangat best.  masing2 sangat sporting menjadikan aktiviti pendakian menjadi sangat meriah..  bayangkan amsing2 baru bersua muka tapi boleh bergurau senda sambil bersama2 menikmati makanan yang dibawa.  tak ada rasa kekok langsung.  group ini disertai dr ahli yang berusia 13 tahun hingga lah yang berusia 54 tahun. memang macam2 ragam.







kalau u'll nak tahu group kami ini juga disertai oleh 2 orang insan yang cukup istimewa.  Tanpa bunyi dan suara hanya menggunakan bahasa isyarat, mereka bersama2 mendaki hingga ke puncak..   memang terbaik lah...





seperti baisa, masa pendakian turun saya suka mencari apa2 sahaja yang dirasakan menarik untuk diabadikan sebagai kenangan.







laluan berbatu dan curam di Gunung Kenderung ini.  kena berhati2 sewaktu mendaki dan menuruni gunung ini.  berhati2 juga dengan batu2 yang berkemungkinan jatuh akibat dipijak oleh orang atas.

 


gambar di bawah ini adalah beraneka spesis flora dan fauna yang sempat saya temui sepanjang perjalanan turun.









disebabkan saya tak neik ke puncak, jadi kami antara yang terawal sampai ke starting point.  kat sini ada jeram yang airnya jernih sangat.  saya difahamkan di sini jugalah biasanya dijadikan tapak perkhemahan bagi mereka yang mahu mendaki Gunung Kenderung dan gunung Kerunai yang melibatkan 2 hari 1 malam.


sebelum balik, kami abadikan kenangan bersama semua peserta.  tergambar kegembiraan setelah berjaya menamatkan pendakian yang mencabar ini...



atas powil pun nak bergambar jugak..








trip yang best dan happening.  memang terbaik.  terima kasih Raihan dan Jebat sebab berjaya menganjurkan trip ini.  insha allah, lain kali mungkin saya akan join utk trip lain pula..

sekian, wassalam.

like