Monday, 6 April 2015

edible garden (sambungan)

assalamualaikum semua..


sambungan daripada entry sebelum ini ye..


ini lah pokok cili saya yang mula merajuk tak mahu berbuah. agaknya minta baja atau pun sebab sekarang musim panas. banyak jugak daun yang kekuningan tu...

pokok kari ini dah lama saya beli dari pada daun ada berapa helai aje sampailah sekarang dan banyak helai. masih lagi dibiarkan duk dalam polybeg sebab saya tak tahu nak tanam kat mana.  macam yang saya bagitahu sebelum ini, nak tanam kat tepi rumah tu tak sesuai sebab tak dapat cahaya matahari penuh. kesudahannya saya biarkan aje dalam polybeg tu.... dah keluar bunga pulak.. baru saya tahu yang pokok kari ada bunga rupanya...


saya ada terbaca satu blog cara menanam tanaman diruang yang kecil. 8 jenis tanaman itu adalah:

  1. bawang putih
  2. daun bawang
  3. lobak merah
  4. batang saderi
  5. serai (dah ada)
  6. kunyit (dah ada)
  7. halia dan lengkuas
  8. cili padi (dah ada)

jom kita tengok macam mana cara nak tanam


1. Bawang putih
Seulas bawang putih apabila ditanam semula boleh membiak dan menghasilkan 1 labu bawang putih. Bayangkan jika anda tanam 1 labu bawang putih, berlabu-labu hasilnya.
Okey, ikuti cara menanam bawang putih dalam video berikut :
2. Daun bawang
Ye, daun bawang juga boleh ditanam semula dirumah. Jadi selepas ini jika anda beli daun bawang, simpan sedikit untuk ditanam semula. Ikuti video di bawah untuk cara-cara menanam daun bawang.
Lepas ni nak letak daun bawang dalam sup tak perlu beli lagi. Kat rumah kan dah ada.
3. Lobak merah
Lobak juga boleh ditanam dirumah dalam bekas yang bersaiz sederhana besar. Ikuti cara tanam lobak merah ini.
4. Batang saderi
Saderi boleh ditanam dengan mudah di rumah. Ini caranya. Lepas ni boleh belanjan wonderpet batang seleri setiap hari. Hehe.
5. Serai
Selain untuk di makan, serai yang ditanam juga boleh dijadikan hiasan. Ini caranya untuk tanam serai.
6. Kunyit
Kunyit juga boleh ditanam dalam pasu dan diletakkan di balkoni rumah anda. Jom tonton cara tanam kunyit.
7. Halia dan lengkuas
Sama seperti kunyit, halia dan lengkuas juga boleh di tanam di ruang yang terhad dan dalam pasu. Ini caranya
8. Cili padi
Cili sangat penting bagi mereka yang suka makan pedas-pedas. Tanam saja dalam pasu dan letak di balkoni apartmen anda. Pasti cantik bila buahnya yang banyak lebat merimbun menghiasi ruang di rumah anda.


sumber : disini 

like