Wednesday, 8 April 2015

pes tomyam (home made)

assalamualaikum semua...

untuk pengetahuan semua, saya paling suka guna perencah tomyam brand gambar di bawah untuk memasak tomyam. tak kisah lah tomyam apa pun. saya paling suka tomyam ayam. tapi kadang2 ikan pun saya masak tomyam... saya memang suka makan tomyam.  selera saya ni diwarisi oleh anak sulung saya.  kalau tengok dia hirup kuah tomyam memang terasa seronok.







Entah macam mana teringin pulak nak cuba buat sendiri pes tomyam ni.  jom tengok resepi dibawah yang saya perolehi daripada FB.

bahan-bahan
8 biji cili merah
3 biji cili hijau
2 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
4 helai daun limau purut
1 biji limau nipis (diperah dan ambil airnya)
1 inci kunyit
2 sudu udang kering
2 sudu ikan bilis
3 batang serai
3 sudu kicap ikan
1 sudu belacan
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/4 keping gula melaka
1/2 sudu garam

cara-caranya

  1. kisar udang kering, ikan bilis, serai, cili merah, cili hijau, belacan, daun limau purut, lengkuas, kunyit, bawang putih, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah, serbuk ketumbar, gula, garam dan sedikit minyak. kisar hingga halus.
  2. paanskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi. masukkan kicap ikan dan gula melaka. kacau dan masukkan air perahan limau nipis.
  3. kacau hingga kering dan pecah minyak.
  4. sedia untuk digunakan. simpan dalam botol dan letak dalam peti sejuk. bila nak guna ambil aje... senangkan?


like