Thursday, 28 May 2015

akhirnya kubeli juga.....

assalamualaikum semua

Al kisah hari Ahad lepas seperti biasa saya dengan anak2 berjalan2 makan angin selepas diorang habis up grading twd.  tempat yang dituju adalah shopping compleks. Niat dihati nak 'window shopping' aje..... hahahaha..


sebenarnya dah lama saya impikan benda alah ni... tapi entahlah...  orang kata memang dah sampai seru lah... akhirnya saya beli juga dengan installment 12 bulan, 0% interest.




ini lah benda alahnya.... Gintell Fitness Elliptical bike.  Ia  dihantar berbungkus dalam kotak.  boleh tengok gambar ye...




ini lah isinya selepas dikeluarkan dari kotaknya.  saya baru tahu rupa2nya alat ini boleh dibuka2.  senang lah kalau nak pindah randah (amboi macam nak pindah aje kan?)


inlah saiz kotaknya. tak lah besar sangat kan??




ini lah rupa Elliptical bike ni setelah dipasang.




antara kelebihan Elliptical bike  ini ada screen yang akan memaparkan data.  untuk yang saya punya ini dia memberikan data (dari atas ye) speed, time, distance dan kalori.


speed - iaitu kelajuan kayuhan kita
time - berapa lama kita melakukan aktiviti ini.  untuk permulaan ini saya buat 30 minit.
distance - adalah jarak pergerakan kita
calorie - adalah data kadar kalori yang dibakar semasa melakukan aktiviti ini (yang ini memang penting sebab saya mengamalkan diet dengan mengira pengambilan kalori seharian). 




anak daraku dengan semangatnya merasmikan.... kalau korang perasan pembalut pada bahagian atas tu belum dibuka lagi. dia dah tak sabar2 nak guna.   jangan jadi tempat gantung tuala lepas ni udah le... hihihi.. bukan apa takut semangat masa baru2 aje... lepas tu ke laut.  



selain itu dengan pembelian Elliptical bike ini, saya mendapat free gift alat urut G-Resto.


alat ini boleh digunakan dirumah atau di dalam kereta kerana ia dibekalkan dengan kabel yang bersesuaian.  



yang ini saya dapat dulu.  bawa balik sendiri sahaja selepas pembayaran selesai.  maknanya setelah balik kerja bolehlah rehatkan badan dengan alat urut ini.



di luar kotak ini juga ditunjukkan bagaimana nak guna alat urut ini...


sebenarnya saya dah tak perlu turunkan berat badan lagi.  berat badan terkini saya adalah  47 kg dengan ketinggian 150 cm. BMI saya 20.89. saya cuma perlu kekalkan sahaja.  berat badan asal saya 6 bulan lepas adalah 62 kg.  berkat kesabaran menjaga dan mengira kandungan kalori setiap makanan saya, akhirnya berjaya juga saya dapat berat badan ideal. (dapat turun 15 kg dalam masa 6 bulan - lebih kurang 2.5 kg sebulan).  Untuk pengetahuan pembaca, saya tidak mengambil apa2 produk untuk menurunkan berat badan.  di samping itu saya adalah buat senaman sikit2 macam main badminton, join aerobik  dan berbasikal. tapi tak konsisten pun.  yang penting kurangkan kandungan kalori dlm makanan dan elakkan makan selepas jam 7.00 malam. 



ini lah rupa saya masa Ogos 2014. nampak montel kan.  terutama pada perut dan pipi.... selalu jugak kena tanya oleh pramugari masa nak naik flight. puan mengandung ke???  grrrr geram aje dengar.  kadang2 selamber aje saya jwb.  aaaaha....... mengandungi lemak....  hihihi




 






dan inilah gambar terkini saya (Mei 2015)




sekian...










Tuesday, 26 May 2015

resepi Roti Bun

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

semenjak 2 menjak ni kerajinan untuk meroti ni datang pulak... hari ini saya nak cerita pasal membuat roti yang mudah aje..

resepi roti mudah ni adalah seperti di bawah...

bahan2

1 kg tepung high protein
200 gm gula kastor
20 gm garam
20 gm yis kering
15 gm bread improver (1 sudu makan)
2 sudu besar susu pekat manis
420 ml air sejuk - air yang disimpan dalam peti sejuk (tambahkan 8 ketul ais kiub)
1 biji telur gred B
110 gm shortening
80 gm mentega

cara membuatnya

masukkan semua bahan dalam bread maker. cara susunannya adalah masukkan bahan cecair dulu, tepung diselang dengan garam dan atas sekali yis. pastikan yis dan garam tidak diletak sekali kerana yis akan mati kalau terkena dengan garam. setkan fungsi doh dan biarkan.. sambil2 tu boleh buat kerja lain.. untuk bread maker saya masa yang digunakan adalah 1 1/2 jam.

lepas tu bolehkan dikeluarkan dan letakkan atas meja uli.. begini lah rupanya

 

minyak masak dan penggelek mesti ada... saya gunakan plastik kuning tu sebagai pemotong. lebih mudah...



memula kita buang dulu angin yang ada pada doh tu. lepas tu potong ikut saiz yang dikehendaki... boleh tengok gambar di bawah...




beginilah rupa doh yang dah dipotong tadi...





lepas tu kita gelek guna pengelek. 

    


lepas tu bolehlah diletakkan inti dan tutup semula 


 



letakkan dalam dulang pembakar yang telah digris dengan shortening..


biarkan doh tadi mengembang. lebih kurang 1/2 jam. lepas tu kita sapukan dengan telur dan taburkan sedikit bijan sebelum dimasukkan dalam oven untuk dibakar. bakar lebih kurang 15-20 minit pada suhu 180 darjah celcius.  bila roti dah masak bolehlah keluarkan dari oven. sapukan sedikit marjerin di bahagian atas roti.  ini akan menjadikan roti kita nampak berkilat.  lepas tu bolehlah ngap....






Wednesday, 20 May 2015

kek oren

assalamualaikum semua

hari ini saya nak berkongsi cara-cara membuat kek yang menjadi kesukaan saya ketika zaman kanak2 dulu (mak cik saya selalu buat). kek oren ini sangat mudah dan bahan-bahannya pun senang nak jumpa.




bahan-bahannya

3 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 sudu serbuk penaik
250 gm butter
4 biji telur gred B
sebiji oren sunkist

cara membuatnya. kita rujuk gambar ye



mula-mula kita perah limau sunkist tu. lepas tu kulitnya kita parut. jadilah macam rupa di atas ni..



dalam bekas lain, pukul butter dengan gula.





kemudian, masukkan telur ke dalam adunan butter dan gula tadi. pukul lagi. jangan terlalu lama ye nanti kek jadi keras pulak..

tepung gandum diayak dengan serbuk penaik terlebih dahulu.  kemudian boleh lah masukkan tepung gandung ke dalam adunan tadi. yang ini boleh kacau guna senduk aje...


akhir sekali masukkan limau sunkist yang telah diparut tadi.




kacau hingga sebati


masukkan dalam loyang dan bakar dalam oven pada suhu 180 darjah celcius selama 1 jam atau hingga kek masak.


ini lah rupa kek yang telah masak dan telah dikeluarkan dari oven.  merekah sikit sebab suhu panas sangat kot.  lain kali kena turunkan suhu 160 darjah celcius lah. 

disebabkan anak-anak dah tak sabo nak makan.. saya potonglah kek tu panas2.  so nampak berderai lah. laju aje kek ini masuk ke mulut....




senang kan???  selamat mencuba


Wednesday, 6 May 2015

Percutian di Borneo Highland and Resort, Sarawak

assalamualaikum semua...

semangat nak menulis berkobar2 semula selepas bercuti 4 hari... semalam semangat ke laut sebab baru habis cuti.. huhuhu... entry kali ini nak cerita sikit pasal pengalaman kami di puncak Borneo.  Perjalanan ke Puncak Borneo mengambil masa lebih kurang 1 1/2 jam dari Bandaraya Kuching. tapi disebabkan banyak sangat tempat persinggahan jadi lama la...

kami bertolak dari rumah jam 10.00 pagi. lepas tu pergi singgah makan dulu, isi minyak keta kasi tangki penuh dan sebagainya. (termasuklah terpaksa cari tandas sebab Azim nak beyak... haru betul jadinya... dah lepas pam minyak baru dia cakap. nasib baik jumpa surau).  kami sampai ke destinasi lebih kurang jam 1.45 petang. terus check in hotel.

 

ini di bahagian hadapan hotel penginapan kami....


sempat lagi bebudak tu berposing dalam bilik..







kemudahan kolam air panas dan air sejuk... terjun tiruk la bebudak tu...

-

-

-

-

jom kita lihat beberapa pemandangan yang dirasakan menarik yang dapat diambil daripada bahagian atas bilik kami....




bilik penginapan kami. bayaran semalam (sebab saya org gomen dapat RM174.90). kalau harga biasa RM210.  Sesuai untuk 2 dewasa  & 2 kanak-kanak. kalau lebih boleh bentang toto kat lantai tu.  kami memang tido ramai2 kat atas katil tu aje. air cond tak ada ye sebab dah semula jadi sejuk.  huhuhu...


pemandangan ini diambil dari bilik aje.. cantik kan?  kolam tu lah tempat  anak2ku terjun tiru.  untuk kanak2 bawah 9 tahun tidak digalakkan mandi di sini ye... pemantauan ibu bapa amatlah perlu untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini..


ini pun ambil dari tingkat atas bilik penginapan kami. sebelah kiri bilik ye... 

pemandangan pada waktu pagi.. (perasan jadi jurugambar profesional pulak. padahal snap guna handpone aje....)


yang ini pemandang di bahagian hadapn hotel. nampak keretaku tengah parking kat situ.. (yang mana satu ye????). hahaha


satu lagi pemandangan yang menarik diambil dari puncak borneo ni...




aksi anak2ku sebelum night safari... yang tudung biru tu ofismate yang sama-sama join.  

ini sebenarnya gambar dalam kenderaan hotel tu. macam bas mini tapi open air. (saya pun tak tahu nak panggil apa)













pada keesokkannya................ 
kami jejalan disekitar kawasan penginapan.





gambo selfie sekeluarga .....




diorang buat aksi gulung tikar pulak...........

dah puas jalan2 bebudak ni mandi lagi. lepas tu kelaparan.   ajak lah diorang breakfast jam 8.45 pagi.. sewa bilik diberi breakfast untuk 2 orang. so untuk kanak2 kena bayar lah.  disebabkan wani dgn azim nampak macam sebaya diorang charge untuk 1 orang kanak2 aje, RM13 aje.. lepas tu kami join tournament tour pulak.....





yang ini pemandangan di kalimantan view pada sebelah siang pulak. malam tadi tak nampak sangat.



ini lah kenderaan yang bawa kami jalan2 tu.






habis tournament tour tu lebih kurang jam 11 pagi.  pada jam 12 kami pun check out... dalam perjalanan balik kami  singgah  di air terjun,  hot spring dan semenggoh wildlife centre. jom jengah gambar2 yang dirakam sepanjang perjalanan balik kami. 
















kami sampai rumah lebih kurang jam 6.00 petang.  perjalanan 2 hari 1 malam yang menyeronokkan tapi cukup meletihkan sebab saya memandu seorang.  tak apa lah. yang penting anak2 enjoy..

sekian celoteh saya untuk hari ini.... wasalam





like