Al kisah hari Ahad lepas seperti biasa saya dengan anak2 berjalan2 makan angin selepas diorang habis up grading twd. tempat yang dituju adalah shopping compleks. Niat dihati nak 'window shopping' aje..... hahahaha..
sebenarnya dah lama saya impikan benda alah ni... tapi entahlah... orang kata memang dah sampai seru lah... akhirnya saya beli juga dengan installment 12 bulan, 0% interest.
ini lah benda alahnya.... Gintell Fitness Elliptical bike. Ia dihantar berbungkus dalam kotak. boleh tengok gambar ye...
ini lah isinya selepas dikeluarkan dari kotaknya. saya baru tahu rupa2nya alat ini boleh dibuka2. senang lah kalau nak pindah randah (amboi macam nak pindah aje kan?)
inlah saiz kotaknya. tak lah besar sangat kan??
ini lah rupa Elliptical bike ni setelah dipasang.
antara kelebihan Elliptical bike ini ada screen yang akan memaparkan data. untuk yang saya punya ini dia memberikan data (dari atas ye) speed, time, distance dan kalori.
speed - iaitu kelajuan kayuhan kita
time - berapa lama kita melakukan aktiviti ini. untuk permulaan ini saya buat 30 minit.
distance - adalah jarak pergerakan kita
calorie - adalah data kadar kalori yang dibakar semasa melakukan aktiviti ini (yang ini memang penting sebab saya mengamalkan diet dengan mengira pengambilan kalori seharian).
anak daraku dengan semangatnya merasmikan.... kalau korang perasan pembalut pada bahagian atas tu belum dibuka lagi. dia dah tak sabar2 nak guna. jangan jadi tempat gantung tuala lepas ni udah le... hihihi.. bukan apa takut semangat masa baru2 aje... lepas tu ke laut.
selain itu dengan pembelian Elliptical bike ini, saya mendapat free gift alat urut G-Resto.
alat ini boleh digunakan dirumah atau di dalam kereta kerana ia dibekalkan dengan kabel yang bersesuaian.
yang ini saya dapat dulu. bawa balik sendiri sahaja selepas pembayaran selesai. maknanya setelah balik kerja bolehlah rehatkan badan dengan alat urut ini.
di luar kotak ini juga ditunjukkan bagaimana nak guna alat urut ini...
sebenarnya saya dah tak perlu turunkan berat badan lagi. berat badan terkini saya adalah 47 kg dengan ketinggian 150 cm. BMI saya 20.89. saya cuma perlu kekalkan sahaja. berat badan asal saya 6 bulan lepas adalah 62 kg. berkat kesabaran menjaga dan mengira kandungan kalori setiap makanan saya, akhirnya berjaya juga saya dapat berat badan ideal. (dapat turun 15 kg dalam masa 6 bulan - lebih kurang 2.5 kg sebulan). Untuk pengetahuan pembaca, saya tidak mengambil apa2 produk untuk menurunkan berat badan. di samping itu saya adalah buat senaman sikit2 macam main badminton, join aerobik dan berbasikal. tapi tak konsisten pun. yang penting kurangkan kandungan kalori dlm makanan dan elakkan makan selepas jam 7.00 malam.
ini lah rupa saya masa Ogos 2014. nampak montel kan. terutama pada perut dan pipi.... selalu jugak kena tanya oleh pramugari masa nak naik flight. puan mengandung ke??? grrrr geram aje dengar. kadang2 selamber aje saya jwb. aaaaha....... mengandungi lemak.... hihihi
dan inilah gambar terkini saya (Mei 2015)
sekian...
No comments:
Post a Comment