Wednesday, 3 June 2015

Percutian ke Pandan Goldcoast Holiday Villa, Lundu, Sarawak..

assalamualaikum semua...

Sempena cuti sekolah ni saya pun bawa lah anak2 makan angin lagi. destinasi kali ini tak jauh sangat. Dekat area Lundu, Sarawak. Perjalanan dari Bandar Kuching mengambil masa lebih kurang 1 1/2 jam.  Antara tarikan utama  resort ini adalah terdapatnya kolam pemeliharaan penyu alga/ penyu hijau.  Saya sempatlah menyembang dengan Tini iaitu penjaga penyu ini. dia merupakan pelajar PHD Unimas yang sedang membuat kajian berkenaan penyu di sini.

Untuk sampai ke resort ini kami perlu menyeberang sebatang sungai yang bernama Batang Rambungan dengan menggunakan feri.


Resort ini juga disediakan kolam mandi.  kalau  teringin mandi laut pula, pantainya berdekatan. hanya berjalan kaki lebih kurang 50 m dari kawasan resort sahaja kalau air pasang.

Antara tarikan lain di resort ini adalah kita dapat melihat monyet dan landak yang dipelihara di kawasan tersebut.  Tempat barbeque juga disediakan dan tak perlu risau sebab mereka juga sediakan ruang barbeque untuk makanan halal.

jom kita intai2 gambar kenangan yang sempat saya rakamkan..




inilah pemandangan  pada waktu pagi lebih kurang 6.30 pagi.  Terasa macam jurugambar profesional kan??? hihihi....



ini lah rupa penyu yang dipelihara di resort ini. usia penyu ini adalah 8 bulan.  boleh tengok video di bawah pasal penyu ini 






inilah landak dan monyet yang dipelihara di dalam resort ini...










bila sampai sahaja di resort ini anak2 saya pun terjun dalam kolam ini...

 








gambar2 dibawah adalah pemandangan di pantai Pandan








yang ini pulak aksi2 yang sempat saya rakam ketika kami menaiki feri di Batang Rambungan.  bila naik feri penumpang kena keluar dari kenderaan..












sekian....







No comments: