assalamualaikum semua
kita sambung semula proses membuat simenfero ye....
hari kedua
untuk hari kedua, dawai yang sudah dilepa dengan lapisan pertama tadi akan dilepa lagi. kali ini kena buat lebih teliti kerana hasil kerja yang dibuat akan mempengaruhi tahap kualitinya. Masih menggunakan nisbah bancuhan yang sama juga untuk melepa kali ini.
bersihkan dulu surat khabar tu. pastikan tiadak ada sisa yang tertinggal ye...
biasanya pada bahagian atas tu akan ada lebihan konkrit yang dah keras. kita buang lebihannya dulu dengan gunakan sudip. lepas tu bolehlah mula melepa untuk lapisan ke2 pulak.
proses melepa kali ini hendaklah menggunakan sudip supaya hasilnya lebih kemas. gunakan kayu sebagai penahan untuk bahagian penjuru dan atasnya
Beginilah hasilnya setelah dilepa. nampak licin dan cantik. kita biarkan ia selama 3 jam untuk langkah seterusnya...
setelah 3 jam bolehlah kita mula membuat garisan ataupun bentuk bongkah batu.
terdapat beberapa perkara yang perlu diambilkira sebelum mengukir garisan pada konkrit tersebut. -----------------------------------------------------------------------------------------
1. tidak boleh lebih dari 3 garisan bertemu. Sekiranya lebih dari 3 garisan bertemu, corak bongkah tu nampak tidak kemas. elakkan juga membuat 1 garisan lurus yang bertemu dengan lebih daripada 3 garisan silang.
2. Perkara yang mesti dielakkan adalah 2 atau lebih garisan bertemu pada sudut penjuru dan hujung. pertemuan lebih daripada 3 garisan pada bahagian tengah.
3. pada setiap penjuru mestilah bercantum dengan sebelahnya. Ini adalah bertujuan supaya bentuk corak itu akan kelihatan seperti seketul batu.
----------------------------------------------------------------------------------------
mula-mula kita lakarkan secara ringan corak pada konkrit tadi. jangan kuat sangat. lepas tu tengok corak yang telah dilakarkan. sekiranya tak puas hati boleh gosok pada konkrit tadi dan buat corak yang lain.
setelah berpuashati dengan corak lakaran awalan tadi kita bolehlah menggunakan besi aluminium yang dibengkokkan dengan playar untuk membuat alur pada corak tadi. elakkan menggunakan paku sebab kita mahu alur yang rata. kalau guna paku alur tersebut akan tajam pada bahagian dalamnya.
ini lah rupa konkrit yang telah siap dibuat alurnya. ada 3 jenis bongkah yang mesti dibuat. besar, sederhana dan kecil.
untuk bahagian atas meja dan atas bangku panjang pula cara penghasilannya adalah seperti dibawah.
buat ukuran saiz meja yang mahu dibuat. pada bahagian tengahnya letakkan 2 keping plywoof. curahkan konkrit separuh. kemudian letakkan dawai 2" x 2" dan curah lagi. minta maaf. langkah demi langkahnya tak ada ye. lepas tu biarkan lebih kurang 3 jam. boleh tengok gambar di atas ye...
setelah 3 jam, bolehlah kita buka kayu formwork dengan perlahan2. dan mulakan proses membuat garisan padanya. prosesnya sama macam di atas ye. cuma pada bahagian tepi tu tambahkan garisan sahaja...
saya pun nak bergambo jugak... hehehe.. tekun membuat kerja kan??
proses terakhir untuk hari ini adalah membuat konkrit yang kita rasakan tajam terutama pada penjurunya. guna sudip untuk buang bahagian yang tajam itu. lepas itu kita bolehlah membuat goresan pada bahagian bongkah batu tersebut. tujuannya supaya lebih nampak asli gitu... hahaha. tak reti nak cerita panjang, tengok gambo aje lah ye...
inilah rupa konkrit yang dah siap untuk hari ke2. nampak jelas alur yang telah dibuat. ada 3 saiz bongkah iaitu besar, sederhana dan kecil.
habis cerita untuk hari ke2. bersambung ......
related article
No comments:
Post a Comment