hari ini saya nak berkongsi macam mana saya menyusun segala stationary yang ada di dalam laci meja kerja saya..
inilah rupa sebelum proses mengemas dilakukan..
laci atas sekali....
yang ini laci tengah
yang ini laci bawah sekali... toilet papaer roll pun ada dalam tu... itu untuk projek akan datang ye.
ada beberapa penambahbaikan untuk laci saya ini. disebabkan stationary memang banyak yang halus2 saya mengguna semula segala kotak2 yang comel2 sebagai tempat penyimpanan. disebabkan terlebih rajin saya salotape aje guna masking tape. nanti kalau ada masa baru saya balut lah kotak2 ni... hahahaha......
So........... ini lah selepas proses mengemas.. ada nampak tak perubahannya???
Perubahan pada laci atas. lebih banyak kotak kecil2 dalam laci ini. Laci ini adalah laci yang banyak menyimpan benda halus2 seperti dawai kokot, stapler, cop, klip kertas dsb. segala macam pen drive pun saya longgokkan dalam satu kotak. Teknik menyusun cara ini bertujuan untuk memudahkan proses mencari kalau diperlukan,
Perubahan dalam laci tengah. untuk laci ini saya gunakan untuk menyimpan dompet yang biasanya saya guna kalau nak pergi breakfast (malas nak bawa beg besar gabak pergi kantin). Segala stok makanan pun ada dalam ni. saya masukkan dalam satu kotak. senang nak cari. Wayar2 yang sekali sekala digunakan seperti charger dll saya susun dan juga dimasukkan dalam satu kotak.
perubahan dalam laci bawah. lepas proses mengemas dilakukan laci bawah sekali dah tak banyak barang. wayar2 yang bersepah2 dah tak ada....
sekian.......
No comments:
Post a Comment