Thursday, 31 December 2015

Langkawi 2015 (part 1)

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

agak lama juga saya menyepikan diri daripada dunia maya ini.
bukan merajuk tapi jadual padat sangat sampai nak jenguk blog sendiri pun tak sempat.
tambahan pula line internet yang macam kura2 sepanjang saya di kampung.
nak baca wasap pun susah, apa lagi nak buka blog..

Entry kali ini saya nak cerita serba sedikit pasal percutian aka Family Day keluarga saya.
percutian kali ini agak lama dirancang sebab melibatkan kos yang agak tinggi juga.
perancangan bermula daripada bulan Mei 2015 lagi.
perkara yang mula2 dibuat adalah  booking homestay. penting tau. tempat nak rehat dan tidur.  kalau tak ada semua perancangan tak menjadi.
memang rezeki keluarga kami dapat juga homestay dengan harga yang berpatutan siap pakej kereta avanza untuk kegunaan kami sepanajng berada di Pulai Langkawi.

Sebenarnya perancangan asal perjalanan menggunakan kenderaan sendiri sampai ke Jeti Kuala Perlis. Tapi selepas perbincangan masa balik Raya Aidilfitri, rancangan berubah pulak kerana
memandangkan setiap keluarga cuma ada seorang driver.
Akhirnya setelah berbincang, kami sepakat untuk pergi ke Kuala Perlis menaiki bas express.
satu pengalaman baru untuk keluarga kami.  makan angin dengan bas.

Kami membuat keputusan untuk menggunakan perkhidmatan bas yang dikendalikan oleh Sani Express.  bas ini agak selesa kerana kerusinya lebar.  sesuailah untuk perjalanan waktu malam.


23 Disember 2015

kami bertolak dari Stesen Bas Klang Sentral jam 10 malam.  sebelum tu sempat jugalah kami makan malam di gerai yang terletak berhadapan dengan terminal bas tu.



disebabkan perjalanan malam, gambar dalam bas tak ada ye.  disebabkan masa perjalanan kami adalah waktu cuti berganda, jalan jammed teruk.

24 Disember 2015

kami sampai di Kuala Perlis jam 7 pagi dan dengan pantas kami ambil teksi terus ke Jeti Kuala Perlis.  sebenarnya dekat aje tapi memandangkan masa dah suntuk (feri jam 8.15 pagi) kami ambil aje teksi dengan bayaran RM10 untuk sebuah teksi.  kami guna 3 buah teksi.

jom tengok gambar2 dalam feri pulak..





ini pulak muka2 eksited sebaik sahaja menjejakkan kaki di Pulau Langkawi...

kami sampai lebih kurang jam 9.30 pagi terus menuju ke homestay.  kereta memang dah siap2 parking kat Jeti Langkawi.  disebabkan tak tahu jalan dan ramai (15 orang), kami ambil sebiji teksi lagi sebagai penunjuk jalan ke homestay.  Kami sampai lebih kurang jam 11 pagi.  disebabkan waktu cuti sekolah, homestay tu full. terpaksalah kami check in jam 2 petang.  nasib baik pemilik homestay tu baik. dia kasi kami letak dulu barang2 kat depan homestay tu sementara menunggu jam 2.
kami pergi cari makan dulu dan beli sedikit barang2 dapur untuk makan malam.

lepas check ini masing2 terus tidur keletihan sampai jam 3 petang.  jam 4 kami gerak keluar.  disebakan masing2 tak tahu jalan, kami terpaksa bergantung dengan peta yang diperolehi di Jeti Langkawi.  petang tu kami madi laut di Pantai Chenang... saya macam biasa lah, tak suka mandi laut. jadi tukang ambik gambo aje lah...

jom tengok gambo aksi2 family saya di tepi pantai Chenang ni..







lepas mandi kami terus balik homestay dan berehat..

bersambung dalam entry seterusnya ye...

Tuesday, 8 December 2015

aneka whipping cream (homemade)

assalamualaikum semua





Resepi whipping cream 1


1/4 cwn air sejuk
10 gm gelatin
1 cwn susu full cream
1/2 sudu besar vanilla esen
1/4 cwn icing sugar
Cara-cara
- panaskan air atas api dan cairkan gelatin, biarkan selama 5 minit
- kacau sampai dissolve sepenuhnya
- dalam bekas lain, campurkan susu dan campuran gelatin, kacau
- masukkan esen vanila dan icing sugar, kacau lagi
- masukkan dalam fridge dalam 1 jam. Setiap 15 minit, kacau mixture tersebut
- selepas 1 jam, mixture anda akan bertukar menjadi thickened cream dan sedia utk diputar



resepi whipping cream 2

250 gm marjerin
1/2 cawan air sejuk
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh pewarna (ikut suka)
250gm mentega
200 gm gula aising


cara-cara

-  putar mentega dan marjerin hingga putih
-  masukkan gula aising dan pukul lagi
-  kemudian masukkan air sedikit demi sedikit
-  masukkan pewarna dan esen vanila dan pukul hingga rata
-  bolehlah disapukan pada kek

like