Monday, 6 June 2016

pasar malam di Giant, Semariang

assalamualaikum semua

Kalau kat semenanjung memang senang nak jumpa pasar malam.  Tapi lain keadaannya kalau tinggal di Kuching ni.  pasar malam memang jarang2 dijumpai.  kebanyakan pasar yang saya kunjungi sebelum ini adalah pasar minggu seperti di pasar minggu Satok yang terletak di kubah ria.

Ofismate saya ada memberitahu ada pasar malam di Giant Semariang.  sebelum ni tak pernah terfikir nak berkunjung ke pasar malam tersebut.  Tapi kebetulan lalu situ selepas bw anak2 mandi di kolam Pantai pasir panjang,  saya melencong ke pasar tersebut.

pasar malam ni tak jauh beza dengan pasar malam yang selalu saya kunjung disemenanjung.  cuma jenis makanan yang dijual disini aje yang kurang banyak...


sambil jalan2 tu nampak lah burger hitam yang diperkatakan oleh ofismate.  so kami pun singgahlah untuk cuba merasa burger tersebut.





inilah rupa burger tu.  dah makan separuh baru teringat nak snap gambar penuh...






sekian, wassalam..

like