sebenarnya dah lama rancang nak makan beramai2 dengan ofismate. tapi ada aje halangan. sampailah hari Sabtu lepas, kami ramai2 membawa anak2 mandi di waterpark. selepas tu pada sebelah petang selepas solat asar kami terus menuju ke Topspot.
inilah topspot yang terkenal tu. kami memilih gerai muslim seafood. gerai yang lain tu semuanya nama cina. walaupun dah ada tanda halal kat kedai tu sy tak yakin nak makan. lagipun hasil daripada carian, hanya gerai muslim seafood aje yang ada halal diiktiraf jakim.
kami order 2 jug besar air jus tembikai dan air sejuk 1 jug
berikut merupakan makanan yang kami order
1. sayur campur. yang ini kami ambil untuk seorg makan aje. biasa anak2 tak suka makan sayur. kalau ambik banyak takut membazir pulak.
3. sotong goreng tepung. datang sekali dengan sosnya tapi masing2 ambil sotong aje. sos terpinggir.
4. ikan kerapu 3 rasa.
inilah muka2 eksited sebelum makan... nyumm
tengoklah hasilnya... licin pinggan dengan tulang2 sekali hilang...
lepas makan kami ke kedai buku Popular atas permintaan anak sy yang nak beli majalah e-pop. majalah pasal artis korea. layannnnn
sempat juga berposing kat sini sebelum naik lif..
tujuan asal nak beli majalah aje. tetiba terbeli pulak buku2 ni... stok untuk 3 bulan ni... hahaha. kat rumah ada beberapa buah buku lagi yang belum di baca... ada ofismate saya tanya. sempat ke sy membaca. sempat aje. saya baca sikit2 sebelum tidur. kalau weekend barulah pulun kasi cepat habis.. boleh gitu???
kalau dah hobi memang tak dapat nak tinggal..
sekian, wassalam.
No comments:
Post a Comment