Wednesday 1 March 2017

Mendaki Gunung Singai

assalamualaikum semua

Sebenarnya saya pernah cuba mendaki Gunung Singai untuk melihat sunset sebelum ini.  Tetapi saya tidak ditakdirkan untuk sampai ke puncaknya pada waktu itu akibat keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.  sampai 1/2 jalan saya terpaksa berpatah balik.  Anak saya Izah memang dah merungut2 waktu itu tak puas hati.

hujung minggu lepas selepas solat subuh, saya datang lagi sekali untuk mendaki gunung ini dengan tujuan untuk melihat sunrise sekali.  kali ini saya bawa semua anak2 saya.  jam 6.30 pagi kami bergerak menuju ke destinasi.  kami sampai lebih kurang jam 7 pagi.  pendakian ke puncak mengambil masa 2 jam (bergantung kepada stamina dan kelajuan individu).

sampai di parking kereta, 4 ekor anjing mendekati kami.  kami memang takut lah apatah lagi bila anjing itu asyik menyalak dan mendekati kami. keadaan jadi terkawal sebaik sahaja ada pengunjung lain datang memberi makanan kepada anjing tersebut.  hahaha.. rupa2nya anjing tu minta makan...


inilah peta yang boleh dijadikan panduan kepada semua pendaki gunung ini.  laluan dimulakan dengan mendaki anak tangga kayu untuk 1/2 perjalanan.


sebelum mendaki, kita selfie dulu anak beranak


inilah tangga kayu yang saya maksudkan.  So kalau sesiapa yang nak mendaki membawa anak2 kecil bolehlah datang ke sini.  tapi setakat penghujung tangga kayu sahaja sebab trail selepas itu memang agak mencabar jugak.  

 

ini lah pemandangan sunset yang kami dapat lihat sebab sampai kat sini dah lewat iaitu sekitar jam 8.00 pagi.. lepas ni kalau betul2 nak tengok sunset dan awan karpet kena datang lagi awal.  ini belum sampai puncak lagi ye.. ini view kat pondok rehat semasa mendaki anak tangga kayu tu..


kat sini juga saya berjumpa dengan bro KJ iaitu orang kuat Kelab Kembara Anak Sarawak bersama isterinya..



masa hiking ni kami terjumpa dengan ulat yang besar sangat.  saya tak tahu nama ulat ini tapi rupanya macam ulat gonggok.. cuba bandingkan tangan Azim dengan ulat tu.. besar kan...


aktiviti mendaki tangga tu akan berakhir di sini Holy door.  Untuk pengetahuan semua, ini merupakan tempat suci bagi penganut agama Kristian.  So pandai2 lah kita menghormati kepercayaan orang lain dan tempat mereka..


selepas itu bermulalah aktiviti mendaki yang mencabar.  trek agak curam dan banyak akar yang berselirat.  kalau selepas hujan, lagilah mencabar sebab trek akan menjadi licin sangat.  kami bernasib baik sebab sehari sebelum tu tidak hujan.  jadi trek tidaklah terlalu berair dan licin.


 

 

pendakian kami ditemani oleh seekor anjing yang jinak.  tapi sebab saya ada pengalaman yang kurang baik dengan anjing, saya jadi takut.. sebenarnya anjing ini ok aje... 



 

lebih kurang 2 jam mendaki anak tangga dan trail berhutan, kami pun sampai ke puncaknya... pemandangan memang tidak mengecewakan. anak saya Azim dan Wani tak pernah lagi ikut saya hiking macam ni.. jadi mereka memang teruja.  Azim siap request untuk datang lagi mendaki di sini....  dia kata seronok...



masa ni saya jumpa seorang lagi orang kuat Kelab Kembara Anak Sarawak bernama Evelin.. sempatlah  bergambar sekali di puncak ni...

 



lebih kurang 1/2 jam kemudian, kami pun bergerak turun... perjalanan turun lebih mencabar sebab saya membawa anak2... memang kena sentiasa mengawasi pergerakan mereka...  beberapa kali juga Azim tergelincir semasa turun...



mereka juga saya ajar untuk menggunakan tali yang disediakan semasa menuruni gunung ini.  memang betul2 pengalaman baru bagi anak2 saya...

 

 

kami berehat lagi di pondok ini.. Sebenarnya pondok2 rehat banyak disediakan sepanjang laluan bertangga.. dapatlah menghilangkan penat di situ..




Sekain entry hiking saya untuk kali ini... wassalam..

No comments: