Assalamualaikum semua..
Tengok tajuk pun dah tahu kan... saya nak menulis pasal pengalaman join aktiviti menanam pokok bakau pulak.. sebelum tu kita tengok fakta berkenaan pokok bakau dulu.
sebelum kejadian tsunami pada penhujung 2004, masalah penebangan pokok bakau secara haram tidak dipandang serius. tsunami yang mengakibatkan kematian ratusan ribu manusia telah membuka mata banyak pihak akan kepenting pokok bakau ini sebagai benteng penahan @ kubu di pesisir pantai jika tsunami melanda.
Hutan bakau merupakan ekosistem yang terdapat di sepanjang pantai dan biasanya ia merupakan kawasan yang berlumpur. Kawasan hutan paya bakau amat penting dalam menjaga habitat yang terdapat di kawasan tersebut seperti udang, ketam, dan banyak lagi spesis lain. ini kerana hutan paya bakau sesuai dijadikan tempat pembiakan spesis tersebut di samping mempunyai makanan.
antara kepentingan hutan bakau adalah sebagai mengurangkan kesan gelombang ombak dari arah laut yang mana ia mula disedari apabila bencara tsunami melanda pada penghujung 2004.
selain itu kepentingan hutan hutan bakau adalah ia dapat memerangkap enapan, iaitu satu proses penambakan tanah yang berlaku secara semula jadi akibat fenomena pasang surut air.
hutan bakau juga bertindak sebagai sempadan antara laut dan darat yang dapat bertindak sebagai penghalang hakisan tanah akibat tindakan ombak.
di samping itu hutan bakau juga memberikan bekalan oksigen kepada maknusia hasil proses fotosintesis.
hutan bakau juga menjadi pusat persinggahan pelbagai spesis burung2 dari hemisfera utara ke selatan dan sebaliknya akibat musim sejuk.
selain itu kehadiran kelip-kelip pada waktu malam juga menjadi tarikan pelancong untuk menikmati keindahan pada waktu malam di kawasan hutan bakau ini.
ok, sekarang saya sambung pula dengan aktiviti penanaman pokok bakau yang saya ikuti pulak...
kami berkumpul jam 7.30 pagi dan menaiki bas ke jeti. kemudian kami menaiki bot lebih kurang 20 minit untuk sampai ke tapak penanaman bakau. waktu ni hujan turun tak berhenti2.
ini lah tapaknya. berselut dan berlumpur lebih2 lagi sebab cuaca hujan aje sepanjang masa ini. nasib baik saya pakai kasut adidas kampung aje.
bila sampai di tapak ini, sesi perasmian dan taklimat cara penanaman diberikan. kalau tak memang tak pasal2 boleh tanam terbalik bulak. silap tanam pokok bakau tak hidup...
setelah selesai menanam kesemua pokok bakau, kami bermain permainan bowling kelapa.. memang riuh jadinya. terlupa diri sekejap. masing2 bergelak sakan bila baling tak kena botol...
setelah itu kami menaiki bot semula menuju ke telaga air. perjalanan kali ini memang jauh berbanding perjalanan ke tapak ini. tapi saya tak pasti berapa lama sebab lupa nak tengok jam.
sampai di Telaga Air, hidangan dah menunggu. kami menikmati makan tengah hari di tepi jeti ini. seronok sangat makan sambil mengadap laut. tenang aje rasanya.
siapa sangka kesokan harinya kami dapat berita yang program kami masuk paper Mingguan Borneo... jenuh saya cari kat kedai. memang rezeki saya, jumpa juga paper ni kat stesyen minyak petronas. masa tu papaer ni tinggal 2 keping aje... alhamdullilah ada rezeki saya untuk simpa keratan akhbar ini sebagai kenang-kenangan..
No comments:
Post a Comment