Monday, 1 August 2016

pintu masuk edisi raya 2016

asssalamualaikum semua

sebelum ni saya tak pernah kongsikan keadaan pintu masuk rumah comel kami.
untuk pergetahuan u'll pintu masuk rumah kami ini agak uzur keadaannya.
ada kesan reput pada pintu tersebut hasil daripada tempias air hujan.  tapi skrang tak kena tempias lagi sebab kami dah tutup pada bumbungnya...

cadangan asal nak tukar bahru aje.
tp sampai kesudah tak tukar2.
bila bulan puasa lepas rasa macam nak buat ssesuatu kat pintu itu sebab nampak hodoh sangat.






inilah rupa asal pintu rumah saya. memang banyak betul kesan reput.
masa saya pergi Mr DIY saya sudah terjumpa sealant yang biasa orang gunakan untuk menutup lubang atau apa2 kecacatan pada dinding.  Entah macam mana timbul idea di kepala saya untuk menampal kesan reput dan lubang pada pintu tersebut. selant tu harganya dlam belas2 ringgit aje..
so masa weekend bulan ramadhan tu saya pun memulakan operasi menampal lubang2 pada pintu tersebut. nampaklah bertempek warna2 putih tu.  lepas tampal sealant tu saya biarkan seminggu dulu untuk memastikan dia keras sebelum saya gosok dengan kertas pasir untuk melicinkan permukaannya.

lepas tu saya ke kedai beli cat kaler hitam.  hihihi... sebenarnya saya nak tukar kaler grill jugak. rupanya gril warna cerah ni cepat betul nampak kotornya.  kalau beli 1 tin untuk grill depan memang akan banyak lah lebihannya.  sebab tu saya ambil keputusan untuk cat sekali pintu tu dengan warna yang sama..


ini pemandangan semasa proses mengecat pintu.  masa ni grill belum cat lagi.  so nampaklah bercapok2 lagi kat pintu tu.. warna grill asal adalah warna krim.


 

inilah hasilnya selepas siap mengecat grill dan pintu.. nampak kan perubahan yang sangat ketara.


inilah hiasan raya edisi 2016 ruang pintu masuk saya.  Bahagian atas rak kasut tu saya hiaskan dengan bunga hiasan untuk menambahkan serinya...

sekian, wassalam...

No comments: