walaupun cerita ni dah basi tpi nak park juga dalam blog saya sebagai kenang-kenangan di kemudian hari. cerita ni adalah aktiviti family saya pada hujung tahun lepas. kami pergi ke Bukit Merah Lake Town resort beramai2 semasa cuti krismas.
kami bergerak malam. dan berehat sebentar untuk bersarapan di R&R yang saya pun dah lupa. sempat juga budak2 ni main kat playground ni
kepada yang berhajat nak ke sana, gambar bawah ni adalah bayaran masuk setakat dis 2017 ye..
bergambor tu penting ye...
ada juga gerai jualan cenderamata sebagai kenag-kenangan di sini. harga nampak ok.
ada juga gerai makan di dalam resort ini yang saya tengok kalau dalam agak mahal. tapi kalau di luar harganya berpatutan. kita boleh keluar dan amsuk asalkan tag pada tangan tidak dibuka.
saya dan anak2 paling suka main tube slide ni...
sempat juga saya beli air laici kang ni yang berharga RM6 secawan besar..
ini tag untuk masuk dan loker beg. selagi tak tanggal kita boleh keluar dan masuk dalam tempoh sehari tu..
sebenarnya banyak permainan air dalam ni tapi saya pun tak ingat simpan kat mana gambar2 tu... jadinya ini ajelah yang dapat saya kongsikan...
sekian, wassalam
No comments:
Post a Comment