Thursday, 20 November 2014

majlis konvokesyen izah

assalamualaikum dan selamat sejahtera


bebudak zaman sekarang ni memang advance... tahun 6 pun diorang ada majlis konvokesyen... semalam (19 Nov 2014)  saya datanglah menyaksikan majlis tu.. siap pakai jubah lagi untuk majlis diorang... mama dia merasa pakai jubah masa ambik ijazah nak oiiii.... dah berumur baru dapat merasa..... tapi rezeki bebudak zaman sekarang...

jom kita tengok gambar yang sempat saya snap masa majlis tersebut







mama dia punya lah bersiap sedia nak ambik gambo dia. dia laju aje tak tengok depan.... ceh.. ini lah yang sempat dirakam.



yang ini antara persembahan yang ada masa majlis tu....






sempat jugak dia pinjam hp mamanya untuk bergambo dgn kawan2 dia...




yang ini antara persembahan hujung2...

sekian....

bilik air dalam master bedroom

assalamualaikum dan selamat sejahtera

sebelum ini saya pernah cerita pasal deco2 bilik air anak2.  So hari ini saya nak kongsikan deco2 bilik air yang ada dalam master bedroom kami...

sebelum ini saya ada postkan pemasangan rak towel. boleh tengok di sini.  gambo ni saya ambil pagi tadi sebelum pergi kerja ye. sila abaikan percikan air yang masih belum kering tu.... lalalala....


inilah pemandangan daripada pintu masuk. bilik air ini telah disediakan sinki bersekali dengan table top.  bahagian bawah tu masih melopong lagi. cadangan akan datang nak buat pintu kabinet untuk menyimpan barang-barang seperti pencuci lantai dsbnya. tapi entah bila lah ye.... banyak benda lain yang lebih penting yang perlu didahulukan.

lepas masuk aje bilik air ni nampaklah tempat melepas.  tak banyak perubahan dalam bilik air ni. saya cuma tambahkan floor mat warna merah aje. konon2 nak kasi berseri sikit.  penyapu tu memang saya sengaja pastikan ada dalam bilik air.  senang nak mencuci lantai.. sambil mandi pun boleh cuci...


saya tak berapa suka tengok barang2 bersepah atas sinki. jadinya saya belilah rak kaca ni untuk menyimpan semua peralatan kebersihan diri seperti berus gigi, pencuci muka dll.... tapi masa beli tu tengok cantik aje... tak terfikir yang kaca ni jenis clear. bila letak barang nampak lah pulak isi dalamnya.... tapi comel jugak kan.... tuala kecik tu untuk lap tangan.

atas tu towel rack yang pernah saya post dalam entry sebelum ini.  bath tab tu saya letak aje. belum pasang sepenuhnya.  saya suka guna bath tab ni  bukan untuk berendam macam orang putih tu, tapi dengan adanya benda ni dapat mengurangkan percikan air daripada shower masa mandi. buat masa ni belum dipasang sepenuhnya...  tapi bebudak dah rasmikan. diorang berendam tak ingat dunia... melambung lah bil air...  saya pasang juga curtain tu untuk pembahagi ruang mandi dengan ruang tandas. pada bahagian ini dinding memang cepat kotor sebab terkena percikan air aje...


disebabkan rumah kami terletak berdekatan dengan gunung, nak mandi pagi punya lah sejuk.  jadi kedua2 bilik air kami pasang lah pemanas air... kalau ada 1 bilik air aje yang ada pemanas air, alamatnya beratur panjang lah setiap pagi... kuang kuang kuang.....  bukan pagi aje bebudak ni mandi air panas.. petang lepas main basikal pun diorang bantai mandi air panas..... sabo aje lah


inilah rupa tab mandi kami yang masih belum dipasang tapi dah digunakan... kalau tengok dari depan macam dah siap pasang aje kan? saya memang sengaja beli tab mandi yang dah ada tepi sekali. nampak cantik....


saya kan jenis rimas dengan botol2 yang berbagai kaler tu. jadi saya belilah dispenser ni untuk meletakkan sabun mandi dan shampoo.... lokasinya sebelah shower tadi... tapi kalau bebudak mandi dalam bath tab tu memang satu bekas sabun mandi ini lah habis...sob! sob! lari bajet beli sabun mandi. 


sekian, cerita saya... 

wasalam

Tuesday, 18 November 2014

memasang towel rack

assalamualaikum dan selamat sejahtera


tengok tajuk pun nak tahu kan... towel rak ni saya beli 1 percuma 1 dengan harga RM199 di Nilai 3... beli dah seminggu tapi duk dalam kotak aje. so semalam En. husbnd pun mulakan operasi memasang benda alah ni.  tak payah nak banyak ayat. kita cerita ikut gambar aje lah ye... lagi senang... jom..



inilah rupanya lepas keluar daripada kotak.... ada penyangkut dan rak sekali dan jugak aksesorinya sekali..


sebelum pasang ke dinding, kita skru la mana2 yang patut.... sebab ada 2 set saya pun tolonglah juga... sambil bersila pun boley....




bujang kecik ni pun nak tolong jugak.  gigih dia tolong pasang skru... hahaha sambil mencangkung pun boleh jugak....









lepas tu proses menebuk lubang pulak untuk dipasang wall plug...



yang ini memasang skru pada towel rack ni...


tada...... dah pun siap... saya pasang dalam kedua2  bilik air.  Tujuannya supaya senang nak gantung towel dan nak letak towel bersih atas rak tu.. nanti saya tunjukkan selepas letak towel pulak ye....


sekian, wasalam...

kegunaan penyapu sawang

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua




gambar apa kah ini?  (ayat macam cerita pendekar bujang lapuk masa belajar membaca pulak...)

yea.... betul.. ini lah penyapu sawang. biasanya kita beli penyapu ini dengan tangkai yang boleh dilaraskan kepanjangannya..... amboi ayat x boleh lawan.. hihihi

rasa2nya ramai yang memiliki penyapu sawang di rumahkan?? biasanya kita gunakan untuk membersihkan sawang yang berada di bahagian siling rumah kita.  baru-baru ini saya ada terbaca dalam facebook sesuatu yang mengujakan.   saya pun tak terfikir sebelum ini....




kita zoom.......








ko tengok, ini rupanya sebab penyapu sawang ni bulat dan lopong kat tengah dia...  bayangkan lah sebelum ini kalau nak bersihkan kipas, jenuhlah saya memanjat kerusi meja dengan gayatnya. lap dengan kain buruk, lepas tu turun bersihkan kain guna air dalam baldi dan panjat lagi..  takkan lah nak panjat dengan bawa baldi pulak kan... kipas tu bukannya rendah terutama sekali utk orang yang kurang tinggi macam saya ni... (bukan pendek okey....).  kalau nak vacum pun bukan boleh nak bersihkan bahagian atas kipas tu... lagipun vacum tu tak cukup panjang untuk sampai ke atas....


soooooo..... lepas ni tak payah panjat kerusi meja lagi ye....


sekian.... wasalam

Thursday, 13 November 2014

projek ubahsuai dapur part 2

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

inilah perkembangan terkini proses pengubahsuaian dapur dan penambahan bilik tidur pada bahagian belakang rumahku... masih tak siap2 lagi... huhuhu. kalau tengok daripada luar macam dah siap aje tapi bila tengok dalam... masih berserabut lagi.  en. husband asyik bz memanjang. sabtu ahad pun kena kerja. nak buat macam mana.. terbengkalailah....