Thursday, 9 June 2016

menjamu selera di Topspot, Kuching

assalamualaikum semua

sebenarnya dah lama rancang nak makan beramai2 dengan ofismate. tapi ada aje halangan.  sampailah hari Sabtu lepas, kami ramai2 membawa anak2 mandi di waterpark.  selepas tu pada sebelah petang selepas solat asar kami terus menuju ke Topspot.


inilah topspot yang terkenal tu.  kami memilih gerai muslim seafood.  gerai yang lain tu semuanya nama cina. walaupun dah ada tanda halal kat kedai tu sy tak yakin nak makan.  lagipun hasil daripada carian, hanya gerai muslim seafood aje yang ada halal diiktiraf jakim.



kami order 2 jug besar air jus tembikai dan air sejuk 1 jug


berikut merupakan makanan yang kami order

1. sayur campur.  yang ini kami ambil untuk seorg makan aje.  biasa anak2 tak suka makan sayur. kalau ambik banyak takut membazir pulak.



2. lobster bercili.  lobster ni gred A. bila dan dipotong hilanglah rupa lobster yang besar tu...



3. sotong goreng tepung.  datang sekali dengan sosnya tapi masing2 ambil sotong aje.  sos terpinggir.



4.  ikan kerapu 3 rasa.





inilah muka2 eksited sebelum makan... nyumm


tengoklah hasilnya... licin pinggan dengan tulang2 sekali hilang...



lepas makan kami ke kedai buku Popular atas permintaan anak sy yang nak beli majalah e-pop.  majalah pasal artis korea. layannnnn



sempat juga berposing kat sini sebelum naik lif..


tujuan asal nak beli majalah aje. tetiba terbeli pulak buku2 ni... stok untuk 3 bulan ni... hahaha. kat rumah ada beberapa buah buku lagi yang belum di baca... ada ofismate saya tanya. sempat ke sy membaca.  sempat aje.  saya baca sikit2 sebelum tidur.  kalau weekend barulah pulun kasi cepat habis.. boleh gitu???

kalau dah hobi memang tak dapat nak tinggal..

sekian, wassalam.

Monday, 6 June 2016

pasar malam di Giant, Semariang

assalamualaikum semua

Kalau kat semenanjung memang senang nak jumpa pasar malam.  Tapi lain keadaannya kalau tinggal di Kuching ni.  pasar malam memang jarang2 dijumpai.  kebanyakan pasar yang saya kunjungi sebelum ini adalah pasar minggu seperti di pasar minggu Satok yang terletak di kubah ria.

Ofismate saya ada memberitahu ada pasar malam di Giant Semariang.  sebelum ni tak pernah terfikir nak berkunjung ke pasar malam tersebut.  Tapi kebetulan lalu situ selepas bw anak2 mandi di kolam Pantai pasir panjang,  saya melencong ke pasar tersebut.

pasar malam ni tak jauh beza dengan pasar malam yang selalu saya kunjung disemenanjung.  cuma jenis makanan yang dijual disini aje yang kurang banyak...


sambil jalan2 tu nampak lah burger hitam yang diperkatakan oleh ofismate.  so kami pun singgahlah untuk cuba merasa burger tersebut.





inilah rupa burger tu.  dah makan separuh baru teringat nak snap gambar penuh...






sekian, wassalam..

pantai Pasir Panjang, Santubong

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

Hari Minggu lepas lepas Zohor saya sekeluarga pergi berkelah kat tepi pantai.  Sebenarnya dah lama saya tak bawa anak2 ke pantai.  Antara sebabnya Izah tak mahu sangat.  dia tak suka mandi di pantai sebab berpasir.  dia suka mandi kat swimming pool.  tapi kalau selalu sangat ke swimming pool pun bosan jugak...


 tapi disebabkan suasana panas, anak saya mandi kat pool jugak.  bayaran masuk ke pool tu RM5 seorang.  Izah tak mahu mandi, so dia duduk aje kat tepi pool tu..

dalam pool ini ada disediakan pelampung giant yang boleh dipanjat.  bukan main seronok lagi wani dan azim bermain.

saya pulak mula mengantuk sebab ditiup angin laut.  sempat  jugalah saya merebahkan diri untuk terlelap.  kawan saya dan Izah tolong jaga barang2...




sekian, wassalam..



suasana malam di Waterfront, Kuching

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

sebenarnya saya jarang keluar malam.  biasanya kalau mood malas memasak aje baru keluar ajak anak2 makan malam di kedai.  tapi biasanya makan kat rumah aje.  lagipun aktiviti selepas magrib memang banyak nak kena buat. nak ajar anak2 mengaji lagi, lepas tu sendiri pun nak lah juga mengaji sehelai dua.  so memang saya mengelakkan diri untuk keluar bersantai2 pada waktu malam.

mungkin sebab dah lama tak keluar bersantai2 waktu malam, tiba2 sabtu ptg lepas Izah mengajak saya keluar waktu mlm untuk ke Waterfront.  dia kata dah lama tak lepak kat sana.  saya pun ok ajelah. tapi saya ckp dengan dia lepas Isyak.  Jadinya sempatlah dia orang mengaji dulu sementara nak tunggu waktu Isyak.

lepas waktu Isyak, kami terus bersiap2 dan keluar.  lebih kurang 8.30 mlm dah bergerak menuju kedai makan dulu.  lepas makan barulah kami menuju ke destinasi...


kami parking berdekatan dengan dataran ni aje.  suasana di dataran ini lebih kurang macam di dataran Putra jaya.  cuma tidaklah seluas putra jaya.  antara aktiviti yang boleh dibuat kat sini main buble, lastik berlanpu (tak tau nak sebut) dll..

kami jalan2 aje kat sekitar situ.  sambil2 melihat aksi mereka bermain2 di dataran tu.  Azim ada juga merengek nak mainan tapi saya buat tak reti aje...


kalau teringin nak mengeliling sungai sarawak ni boleh lah naik cruise ni.. tapi saya tak pernah naik.

ada jugak gerai2 yang menjual cenderamata.  untuk pengetahuan semua, kedai2 di sekitar waterfront ini akan ditutup sekitar jam 6 petang.  maknanya kpd pengunjung yang tak sempat nak beli cenderamata, bolehlah beli kat gerai yang dibuka pada malam hari ini.  harga lebih kurang aje dengan kat kedai..

persembahan muzik juga ada disepanjang laluan waterfront ini.  bolehlah lepak2 sambil dengar lagu.  

bila dah  penat berjalan2 kami berhenti berehat kat gerai ini untuk menikmati ice cream.  sempatlah kami welfie sementara menunggu pesanan sampai..




inilah ice cream yang kami order. disebabkan dah makan malam, kami cuma beli 1 cup aje dan 2 cone dan kongsi sebab takut tak habis..









lepas menikmati ice cream kami terus bergerak balik sebab mata dah mengantuk.  area waterfront ini biasanya akan mula sunyi jam 12 mlm.

sekian, wassalam..

Monday, 30 May 2016

pokok jambu air

assalamualaikum semua

sebenarnya saya tak perasan pun yang pokok jambu air tepi rumah saya dah mula mengeluarkan buah. sebelum ni masa saya bersihkan kawasan tu memang nampak ada bunganya.  tapi lepas tu terus tak teringat nak menengok lagi.

entah macam mana kerajinan datang nak cuci kereta.  ini gara2 minyak petrol yang dibeli dalam tong tu tertumpah.  habis satu kereta bau petrol.  itulah kelemahan kereta MPV sebab bonet bersambung dengan bahagian tempat duduk.







 buah jambu ni ada yang dah warna merah, ada yang masih hijau lagi.  anak2 saya dengan eksitednya pergi lah memetik buah tersebut.  disebabkan masaknya tidak sekata, terpaksalah melakukan proses memilih pulak.  pokok ni ada kerengga, jadi diorang tak boleh nak panjat.  kalau tak memang bergajutlah anak2 saya terutama Azim yang memang suka memanjat.

setelah dipetik dapatlah sedikit untuk kami sekeluarga makan.

sekian