Monday, 24 November 2014

apam comel


bahan-bahannya

2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1 cawan susu full milk
1 cawan gula halus
1 sudu besar esen vanila
1 sudu teh ovallete
2 biji telur gred A


cara-caranya (step by step)

mula-mula kita ayak tepung gandum dengan baking powder.



masukkan gula, telur dan ovellete dalam amngkuk adunan. pukul hingga putih berkrim.  lepas tu masukkan susu dan tepung gandum.  pukul lagi hingga adunan nampak lembut berkrim.



akhir sekali masukkan essen vanila. kalau tak ada boleh letak perasa lain. strawberi ke, pandan ke dan sebagainya.. gaul lagi biar sebati.  lepas tu rehatkan adunan sebentar. (lebih kurang 10 minit).



bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan bolehlah letak warna kegemaran.  kemudian masukkan dalam piping bag macam gambar di atas.



gunakan cawan yang comel2 ni (ada jual kat kedai). masukkan paper cup ke dalamnya. lepas tu bolehlah kita mula melukis mengikut apa2 corak kartun yang kita pandai dan rasa2 boleh menarik minat bebudak.  saya main hentam aje. boleh tengok contoh corak kartun di bawah....




langkah 1 : mula2 bubuh kaler hijau dulu.




Langkah 2 : lepas tu letaklah inti dan tutup semula dengan kaler hijau.



langkah 3 : lepas tu bolehlah bubuh kaler kuning kat tengahnya.




Langkah 4 : buatkan mata dengan mulutnya. dah siap...




kalau nak buat corak strawberi pulak



langkah 1 : letakkan warna pink dalam paper cup tadi. letakkan inti. (kalau boleh guna inti strawberi)



langkah 2 : buat daun dan titikkan kaler putih untuk bentukkan corak strawberi tadi.

bila dah siap melukis tu bolehlah kita merebus air dalam pengukus.  bila air dah mendidih bolehlah kita mula mengukus apam comel itu. kalau guna saiz cup yang comel2 tu lebih kurang 10 dah masak.  jangan lama sangat nanti apam tu merekah tak lawo pulak...

**pastikan kita tak isi penuh cup tu ye... agak-agak dalam 2/3 daripada saiz cup tu sebab apam akan nai bila kita kukus.







sekian.... selamat mencuba.


terima kasih kepada ADAMSUFI MAZRI atas perkongsian resepi anda yang comeyyyy gitu...






like