Thursday 20 November 2014

taekwondo (upgrading)

assalamualaikum dan selamat sejahtera

zaman sekarang ni kita biasa dengar macam2 kes jenayah yang membabitkan kanak2 sebagai mangsa.  sebagai ibubapa, kita kadang kala risau memikirkan keselamatan anak2 kita walaupun mereka bermain di hadapan rumah kita.

kes2 jenayah seperti culik, rogol dan bunuh dan sebagainya memang menakutkan kita. lebih2 lagi di zaman siber ini, segala maklumat berada di hujung jari aje. mudah betul berita ini tersebar... sebagai langkah awal kita bolehlah menghantar anak2 kita belajar seni mempertahankan diri.. seni mempertahankan diri ni banyak jenis.  menghantar mereka belajar seni mempertahankan diri ini bukan bertujuan untuk galakkan mereka nak cari gaduh dengan rakan2 atau nak tunjuk hero tapi kita kena bagitahu pada mereka yang kita hantar adalah sebagai langkah persediaan sekiranya berlaku kejadian yang kita tak sangka seperti penculikan.  sekurang-kurangnya mereka bolehlah mencuba melawan untuk menyelamatkan diri. contohnya tumbuk pada perut penjenayah tu lepas tu lari lah selamatkan diri...

panjang pulak celotehnya...  sebenarnya saya nak bagi tahu yang setiap hari Sabtu anak2 saya akan mempelajari seni mempertahankan diri taekwondo yang diadakan di sekolah mereka.  mereka akan berlatih selama 1 jam dari pukul 1 tgh hingga 2.15 petang.. Izah dan Wani  mula belajar pada tahun 2013 lepas.  Azim pula awal tahun 2014.  dah beberapa kali mereka menjalani proses upgrading (tukar kaler tali pinggang)

pada hari Ahad lepas (16.11.2014) mereka pergi lagi untuk upgrading.  Izah dgn Wani upgrad tali pinggang biru manakala Azim tali pinggang green tip.. jom kita tengok gambo pulak..







yang tali pinggang kaler kuning ada hijau pada hujungnya namanya green tip. masa ni Azim sedang beraksi. budak darjah 1 kan.  nampak halus aje dia kat belakang sekali no 2 dari kanan. 


gelap pulak gambo ni.  juru gambo amatur... hahahah.... ini saya snap masa diorang menunggu giliran....














yang tali pinggang kaler biru ni Izah dengan Wani.  Wani kat belakang  sebelah kiri sekali manakala Izah kat depan no 2 dari kiri...

lepas ni diorang tukar kaler tali pinggang lagi lah kalau lulus ujian ni...

sekian...


No comments: