Tuesday 25 November 2014

homemade jeruk mangga

assalamualaikum semua

hari ini saya nak berkongsi langkah-langkah penyediaan jeruk mangga.  gigih tau mengambil gambo guna hp step by step...


bahan-bahan

buah mangga (agak-agak ye) saya guna 10 biji mangga besar
2 genggam garam kasar
air masak


cara penyediaan (langkah demi langkah)


langkah pertama adalah memetik buah mangga daripada pokok dulu ye... ini lah rupanya. lepas tu kita cuci bersih-bersih. buangkan segala kekotoran yang ada pada kulit mangga tu...




selepas memcuci mangga tadi, kita kupas lah kulit mangga tu...  saya guna 'peeler' aje.. senang dan cepat.....


Proses mengupas ni dibantu oleh Wani anakku yang no 2.  ko tengok tekun dia mengupas kulit tu.... rajin anak mama tolong kat dapur.. hihihi  sila abaikan suasana dapur yang bersepah tu ye...



selepas tu kita potong buah mangga tu. yang ini ikut suka. nak tebal ke, nak nipis ke, nak panjang ke suka hati korang ye...


begini lah rupa buah mangga yang dah siap dipotong tadi......... lepas tu boleh lah dicuci semula.  gambo masa cuci lupa nak ambil... takkan lah memanjang pegang hp kan. tak pasal2 dengan hp sekali kena cuci nanti... kuang kuang kuang....


korang jangan terkejut pulak tengok bekas mangga dah tukar kaler. tadi warna krim sekarang warna merah pepel... tadi kan cuci mangga, so nak senang kerja masa cuci terus angkat dan masuk dalam bekas lain.  dengan kata lain ada dua bekas digunakan...  saya gunakan garam kasar.. anggaran 2 genggam ye...


Gaulkan garam kasar tadi dengan mangga. yang ini guna tangan aje lah.. tak payahlah nak guna senduk..  lagi senang nak ratakan mangga tu...


bila garam dah nampak rata, masukkan dalam bekas yang ada penutup.. saya guna bekas tipuware aje...... yang penting muat nak dimasukkan dalam peti sejuk.. jangan besar gabak pulak... kalau banyak bolehlah buat 2 bekas... lepas tu masukkan air masak. yang ini agak2 . paras air boleh tengok gambar di bawah.


selepas tu.. masukkan dalam peti sejuk dan biarkan selama 2 hari..... ko tengok, cun2 muat tingginya walaupun bekas ni dalam kategori terlebih besar..... kuang kuang kuang.....(sila abaikan tin susu dengan bekas isi mangga yang ada kat bawah tu...mangga lagi.. hihihi. dah namanya musim mangga berbuah di keliling rumah.....)

selepas 2 hari bolehlah dikeluarkan dan buang air garam tu. cuci dengan air biasa aje. kemudian masukkan air gula yang telah disejukkan tadi. pastikan air gula betul2 sejuk sebelum dimasukkan ke dalam mangga tadi. untuk proses yang ini  tak ada gambo ye. lupa nak ambik sebab dah 2 hari... resepi untuk buat air gula pula seperti di bawah.



air gula

bahan-bahan

2 senduk gula
4 cawan air

cara-cara

rebus 4 cawan air  dengan 2 senduk gula.  kacau hingga gula sebati dengan air. matikan api dan biarkan sejuk.




mangga yang telah dicurahkan air gula tadi kita biarkan semalam dalam peti sejuk.  lepas tu bolehlah dimakan... nyum2. anak2 saya memang suka mangga homemade ini...



beginilah rupa homemade jeruk mangga...



 
begini lah rupa mangga yang sedia untuk dimakan...

selamat mencuba...

No comments: