Monday, 10 November 2014

make over rak buku

assalamualaikum semua

semalam petang entah macam mana boleh terdatang pulak angin 'rajin' dalam diriku. Melihatkan rak buku yang ada dah jadi mangsa contengan terfikir pulak nak buat make over..

tengok la hasil seni ini.. guna marker pen tau.. bukan calang-calang contengan.. agaknya kalau guna pensil atau pen comel sangat.. tak kreatif di mata diorang...


yang ini lagi bombastik punya kreativiti anak2 ku. bulan bintang pun ada. bentuk love pun jadi... habis hilang semua marker pen dalam hand bag mama diorang..





 kita cuma perlukan 2 benda ni sahaja untuk projek make over ni.. (ayat bukan main lagi kan?). kita cuma perlukan gunting dan kertas (saya guna wall paper yang dah ada pelekat aje.. senang)


mula2 kita ukur dan gunting wall paper ni..

bukan main tekun anak dara ku menggunting wall paper ni.. sampai x sedar mama dia snap gambo.. hahahaha




lepas tu, kita tampalkan ke rak yang hendak dimake over tadi... perlahan2 ye. kalau ada gelembung udara setelah ditampal, cucuk aje dengan jarum peniti untuk buang udara tu..


tada..... dah pun siap...


yang ini pun sama... lawo tak???

ingatkan dah boleh rehat bila dah siap kedua2 rak ini. tetiba izah datang bawa rak dia yang dah terkopek bahagian bawahnya....  maka make over seterusnya dibuat...



eleh.. sikit aje yang terkopek tu... saja aje dia nak make over rak buku dia.. konon2 nak sama dengan rak plastik dia lah tu...




siap lah rak tu... sekali tengok dia tersalah ambil rak buku.  mama dia punya rupanya... hahaha.. terus dia minta tukar rak yang ini.  yang satu lagi dia suruh mama dia pakai...


terima kasih pada blog ini atas idea yang menarik untuk dikongsi...

sekian...........wasalam...





like