Friday, 14 August 2015

cerita pasal halaman rumah lagi

assalamualaikum semua

saya masih lagi berhutang entry pasal ruang menonton.. nanti2  lah ye.
hari ini saya bersemangat nak cerita pasal perkembangan terkini halaman rumah pulak..
asyik cerita dalam rumah aje kan.. sesekali kena lah cerita yang kat depan rumah pulak..

kisahnya semalam pagi sebelum bebudak tu pergi sekolah, macam biasa lah diorang akan bersantai2 sambil bagi ikan makan..
sila abaikan pemandangan kat pagar sebelah tu ye.. untuk pengetahuan u'll rumah sebelah tu kosong. maka semak samun tu memang tinggi lah sebab tak ada orang yang jaga. sebelum ni ada penyewa tapi setelah penyewa itu pindah tak ada pulak notis untuk disewa kat depan rumah tu...
bilalah nak ada jiran baru..




sebenarnya saya nak cerita pasal pokok bunga ros pink yang sedang kembang dengan cantiknya di halaman rumah ini... satu dah kembang manakala satu lagi masih kuncup lagi...

 


 ini lah rupa halaman rumah saya yang comel aje.. tak banyak pokok bunga yang saya tanam kat kawasan ini. yang kat tayar tu bunga ros jepun yang sekarang ni tengah famous.. baru aje tanam. benih minta kat emak aje... ada jugak lah bunga dia 2, 3 ketul. kadang2 tak ada langsung.. maklumlah baru nak hidup..



yang ini pemandangan dari sudut lain pulak... air terjun tu sebenarnya dah lama tak ada. pamnya rosak. dah beli pam baru cuma tak tahu bila nak pasang. asyik sibuk aje setiap hujung minggu.  tapi alhamdulillah ikan koi kat dalam kolam tu masih dapat bertahan lagi.  ikan tu pun sebenarnya tak berapa nak dibela sangat.  kalau ingat bagi makan kalau tak memang ikan tu makn  lumut ajelah... kejam kan?? nasib baik kolam ikan tu dalam dan luas.. boleh lah ikan tu hidup. cuma air kolam tu nampak hijau terutama waktu tengahari.. kalau sebelah pagi nampak jernih aje...


sekian... wassalam..

like