seperti mana yang saya janjikan dalam entry sebelum ini.. (cewah.. macam lah orang follow sangat blog ni..) saya nak ceritakan pasal dekorasi terkini ruang tamu saya..
inilah rupa sofa lama kat rumah saya yang saya ceritakan sebelum ini..
sofa hitam tu sebenarnya set 2 + 3. yang 3 tu dah lama dibuang sebab dah koyak rabak. (anak2 saya suka sangat lompat2 atas sofa ni... sebab ada spring)
tinggallah yang set 2 tu aje. sekarang dia pun dah mula koyak tapi masih boleh digunakan lagi.. nampak lengkungan pada kusyen sofa tu kan?
yang merah tu sebenarnya owner lama punya. tapi dah tak sedap nak guna sebab dah uzur sangat.. kalau duduk pun dah rasa kayu aje... kusyennya dah lembik sangat.. hahaha..
setelah berfikir panjang, membelek2 katalog dan masuk keluar kedai perabut.... survey harga dan mengambilkira beberapa faktor (kewangan, daya ketahanan, kekemasan dan macam-macam lagi)
akhirnya.............
jeng
jeng
jeng..............
-
-
-
inilah sofa yang akhirnya menjadi pilihan.
sofa yang diperbuat daripada kayu jati. tak banyak kusyen yang ada.
ada pelapik kusyen aje. itu pun kalau tak mahu guna boleh simpan aje...
potensi untuk anak2 saya melompat2 atas sofa ni adalah rendah.. (tak tahu lah kalau anak2 saya nak jugak lompat2 atas kayu tu... huhuhu)...
risiko kusyen2 berteraburan atas lantai pun rendah.
risiko kusyen sofa lembik sebab kena lenjan pun rendah juga..
ini gambar masa mula2 sampai. meja belum disusun lagi...
pembalut kertas pada kaki kerusi pun masih ada lagi... (tak sabo2 nak snap gambo...)
u all mesti hairankan kenapa ada rak kasut dalam rumah... sebenarnya rak kasut ini untuk simpan kasut2 yang dikategorikan mudah kena curi macam kasut brand Bonia, Sembonia, Crocodile dan sebagainya.... yang kasut biasa2 tu letak kat luar rumah aje...
buat masa ni saya berpuas hati dengan keadaan ruang tamu saya. pertama sebab budak2 tak berapa suka guna ruang ini sebab materialnya kayu.. keras tak sedap nak baring2. Tapi diorang ada jugak bergolek2 kat atas kusyen ini.. jadinya kurang bersepah.. kalau tetamu datang mengejut pun tak ada masalah..
sebab kedua saya suka kayu. bila guna perabut jati ni rasa rumah nampak sejuk aje... bila bukak pintu nak masuk rumah rasa tenang.. iya lah penat2 kerja bila balik rumah kan kita nak rasa tenang.. kalau bukak pintu nampak kusyen berterabur atas lantai, terus stress datang...
buat masa ni sofa lama ni saya letakkan kat ruang menonton aje.. tengah fikir2 nak buang ke nak upgrade..? sebab sofa ni lembut dan sesuai diletakkan kat ruang ini sambil bersantai2 menonton tv...
next entry saya tulis pasal ruang menonton pulak ye..
sekian... wassalam
No comments:
Post a Comment