Thursday, 20 August 2015

durian crepe

assalamualaikum semua

Entry kali ini nak kongsi cara2 membuat durian crepe yang sedapppp di tekak anak2 saya.. sekarang ni kan musim durian. kat sana sini merata2 durian dan dijual dengan harga yang murah2 jugak.. anak2 saya memang hantu durian.

jom tengok resepi yang mudah ini

Bahan2

4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar tepung ubi
4 sudu besar tepung jagung
1 biji telur gred B
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar gula kastor
250 ml susu cair/ santan
sedikit pewarna kuning (kalau nak guna warna lain pun boleh jugakkk)
secubit garam

Cara2

satukan semua bahan diatas dan mix hingga sebati. lepas tu tapis adunan supaya mendapat tekstur yang halussss.





lepas tu kita buat crepenya dengan cara melenggangkan adunan tadi. saya guna non stick pan. senang. tak payah bubuh minyak. crepe tak perlu ditebalikkan. kalau belah atas dah nampak kering terus angkat dan letaklah kat pinggan@dulang ke. tak kisahlah.  buatlah sampai habis adunan tu.  adunan saya ni boleh dapat dalam 16 ketul.. (bilangan yang diperolehi bergantung kepada saiz dan ketebalan ye..)








bila dah siap, bolehlah kita sediakan intinya pulak..

bahan2 untuk inti

isi durian secukupnya
whipping cream (saya guna yang dalam tin. x payah nak pukul2. picit aje)

inilah rupa duriannya. saya beli sebijik aje yang saiz besar.  saya siap2 minta penjual tu tolong kopek.  nak senang kerja.  masa mengopek ni anak2 dah siap sedia tunggu kat depan buah ni...







mula2 kita ambil isi durian tu dengan menggunakan sudu. dah siap kita lenyek2 biar nampak lembut dan tidak berketul2.








saya hanya menggunakan 1/2 aje durian tu. yang selebihnya untuk dimakan begitu sahaja oleh saya dan anak2... licin dengan sekali hadap aje.....






lepas tu bolehlah kita memulakan operasi mengisi intinya..

mula2 bentang kan crepe tu.  lepas tu picitkan whipping cream.  kemudian letak lah isi durian tu. dan dibahagian atas dilapiskan dengan whipping cream semula.  rujuk gambar di bawah ye...








lipat crepe dengan perlahan2 menjadi bentuk bantal.  caranya boleh rujuk gambar di bawah.








selepas siap bolehlah dimasukkan dalam tupperware dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 2-3 jam.  selepas itu boleh lah dinikmati.. 

selamat mencuba

like