Thursday 24 March 2016

Pertandingan rekacipta 3R DBKU

assalamualaikum semua

dah 2 minggu saya sangat bz.  nak jenguk blog sendiri pun tak sempat.

kali ini saya nak up date pasal pertandingan rekacipta 3R pulak.

pada 19 Mac yang lepas satu pertandingan rekacipta 3R telah diadakan oleh DBKU sempena earth hour.  disebabkan memang dah ada produk saya pun join lah.  niat di hati nak tambahkan koleksi sijil penyertaan saja.  dah memang rezeki, saya dapat tempat keenam.  dapatlah hadiah hamper.


saya sempat snap gambar pintu gerbang (betul ke?) ssebaik sahaja sampai kat sini.  masa ni dalam jam 1 ptg.  saya perlu ada di tapak pameran jam 2 petang. jam 4 petang penilaian akan dibuat.


 gambar semasa panel penilai sedang diberi keterangan oleh pelajar saya.  nampak tak mengelat kat situ.. hihihi.. saya tengok dari jauh aje...  ini gambar produk dari bahagian belakang.  nampak lah bentuk egg tray tu.. kalau dari depan cantik aje..

sesi penyampaian hadiah... nampak tak student saya lagi besar dari saya.. hahaha




sesi bergambar kenangan bersama para pemenang. eksited gitu...

 yang ini pulak gambar kenangan bersama student PKS yang sama2 terlibat dalam pertandingan ini...
team kami menghantar 10 penyertaan dan 6 daripadanya dapat top 10... termasuk menggondol tempat 1 dan 2...



yang penting mesti ada gambar kenangan group saya bersama produk yang bertajuk 'eco partition'. 
alhamdulillah....

insha allah tahun depan saya nak libatkan anak2 saya pulak dalam pertandingan seumpama ini.  
kalau tahun ini saya guna bekas telur terpakai tahun depan nak kena cari idea lain pulak.. 
So apa2 bahan terbuang yang dirasakan boleh dikitar semula bolehlah dikumpulkan dan direkacipta.

sekian, entry dari saya untuk kali ini...

wassalam....

No comments: