Friday, 29 April 2016

Resepi udang galah berempah

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

entry kali ini nak kongsi resepi pulak.. ini resepi kegemaran keluarga saya.
Sekarang ni memang musim udang.  jadinya udang galah dan lobster memang banyak lah kat pasar Kubah Ria.  Saya pun belilah yang gred C sekilo.  disebabkan saya ni 4 beranak aje, bila sekilo tu dapat banyak lah.  boleh masak 3 kali...

udang galah kali ni banyak betul telurnya.  rugi pulak kalau kena tangkap udang galah yang ada telur ni sebab kuranglah potensi untuk udang ini membiak.. (amboi ayat..). yang sepit biru tu gred A.. jom tengok cara2 nak masak udang galah berempah ni

bahan2 dan cara membuatnya rujuk langkah demi langkah ye..

bahan yang perlu dihiris (boleh tengok gambar)
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 biji lada besar





mula2 kita siang lah udang dulu.  saya guna gunting aje buang hujung kepala dan keluarkan benda warna hitam yang ada kat kepala udang tu (sy tak tahu nak sebut apa) dan gunting ekornya. boleh tengok gambar kat bawah ni.



kemudian panaskan minyak dan tumis semua bahan2 hirisan tadi hingga naik bau.




setelah naik bau, masukkan 2 sudu  serbuk kari.  saya guna serbuk kari brand ini  aje. brand lain tak kena dengan tekak saya. tapi ikut suka u'll lah ye nak guna serbuk kari brand apa sebab yang nak makan sendiri kan. tekak masing2.







kacau sekejap sampai nampak kari tu rupa macam gambar di bawah.


lepas tu masukkan udang galah  perlahan2. jangan min campak aje. terpercik kat muka sendiri tanggung ye...




kacau sampai semua bahan tu dah sebati dengan udang. tengok gambar di bawah ni ye..



bila dah nampak sebati, masukkan air asam jawa. yang ini ikut sendiri ye. kalau suka masam letak banyak, kalau x suka letak sikit.  ikut tekak masing2.  kemudian masukkan 1 cawan air sejuk.



lepas tu biarkan sebentar. sambil2 tu sekali sekala kacau untuk elakkan bahagian bawahnya berkerak. bila dah nampak airnya dah tinggal separuh, matikan api dan masukkan garam secukupnya.  kacau sebentar sebelum diangkat untuk dihidangkan.  semenjak tahu garam tak bagus dimasak, saya buat stail ini lah.  selepas matikan api baru bubuh garam.  tapi kalau goreng ikan, telur atau apa yang bergoreng tu sy tak buat lah.  tak pasal2 nampak garam tak hancur kat makanan pulak.




inilah rupa udang galah berempah. masa ni dah nak maghrib, so gambar nya gelap sikit ye.  bila azan aje terus masing2 serbu...


sedap betul lauk berbuka puasa saya semalam... nyum, nyum, nyum

so.. boleh lah cuba resepi ini.  udang galah ni tak bolehlah selalu masak.. mahal  harganya... kalau jadi lauk hari2 rabak lah..  sesekali boleh lah nak tukar selera.

sekian, terima kasih.

wassalam

like