Friday, 29 April 2016

Resepi udang galah berempah

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

entry kali ini nak kongsi resepi pulak.. ini resepi kegemaran keluarga saya.
Sekarang ni memang musim udang.  jadinya udang galah dan lobster memang banyak lah kat pasar Kubah Ria.  Saya pun belilah yang gred C sekilo.  disebabkan saya ni 4 beranak aje, bila sekilo tu dapat banyak lah.  boleh masak 3 kali...

udang galah kali ni banyak betul telurnya.  rugi pulak kalau kena tangkap udang galah yang ada telur ni sebab kuranglah potensi untuk udang ini membiak.. (amboi ayat..). yang sepit biru tu gred A.. jom tengok cara2 nak masak udang galah berempah ni

bahan2 dan cara membuatnya rujuk langkah demi langkah ye..

bahan yang perlu dihiris (boleh tengok gambar)
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 biji lada besar





mula2 kita siang lah udang dulu.  saya guna gunting aje buang hujung kepala dan keluarkan benda warna hitam yang ada kat kepala udang tu (sy tak tahu nak sebut apa) dan gunting ekornya. boleh tengok gambar kat bawah ni.



kemudian panaskan minyak dan tumis semua bahan2 hirisan tadi hingga naik bau.




setelah naik bau, masukkan 2 sudu  serbuk kari.  saya guna serbuk kari brand ini  aje. brand lain tak kena dengan tekak saya. tapi ikut suka u'll lah ye nak guna serbuk kari brand apa sebab yang nak makan sendiri kan. tekak masing2.







kacau sekejap sampai nampak kari tu rupa macam gambar di bawah.


lepas tu masukkan udang galah  perlahan2. jangan min campak aje. terpercik kat muka sendiri tanggung ye...




kacau sampai semua bahan tu dah sebati dengan udang. tengok gambar di bawah ni ye..



bila dah nampak sebati, masukkan air asam jawa. yang ini ikut sendiri ye. kalau suka masam letak banyak, kalau x suka letak sikit.  ikut tekak masing2.  kemudian masukkan 1 cawan air sejuk.



lepas tu biarkan sebentar. sambil2 tu sekali sekala kacau untuk elakkan bahagian bawahnya berkerak. bila dah nampak airnya dah tinggal separuh, matikan api dan masukkan garam secukupnya.  kacau sebentar sebelum diangkat untuk dihidangkan.  semenjak tahu garam tak bagus dimasak, saya buat stail ini lah.  selepas matikan api baru bubuh garam.  tapi kalau goreng ikan, telur atau apa yang bergoreng tu sy tak buat lah.  tak pasal2 nampak garam tak hancur kat makanan pulak.




inilah rupa udang galah berempah. masa ni dah nak maghrib, so gambar nya gelap sikit ye.  bila azan aje terus masing2 serbu...


sedap betul lauk berbuka puasa saya semalam... nyum, nyum, nyum

so.. boleh lah cuba resepi ini.  udang galah ni tak bolehlah selalu masak.. mahal  harganya... kalau jadi lauk hari2 rabak lah..  sesekali boleh lah nak tukar selera.

sekian, terima kasih.

wassalam

Tuesday, 26 April 2016

Karya terbaru dari RAM

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

sebenarnya saya dah order online pada 29 mac yang lepas.  memang telah dimaklumkan oleh kelab RAM bahawa buku ini akan dapat lambat dapat sebab buku dalam proses mencetak dan tempoh untuk dapatkan tandatangan penulis.. So sy tak kisah sangatlah dapat lewat. yang penting dapat...

setelah lama menunggu semalam buku pun sampailah ke tangan saya.. maknanya hampir sebulan baru dapat.  alhamdulillah.

pembelian secara online agak mahal sikit.  kalau tengok harga yang tertera pada kulit buku untuk Sabah Sarawak RM29.90 tapi saya beli RM40 sebuah.  maknanya ada perbezaan RM11 kat situ.  tapi saya  puashati sebab yang pertama dapat buku ni lebih awal daripada pembaca yang lain.  (setakat waktu ini, buku ni belum ada di pasaran lagi tau).

sebab yang kedua saya dapat tandatangan penulis buku itu sekali dengan cop kelab RAM.  memang susah nak dapat.  biasanya kalau ada pesta buku aje baru penulis ada di situ utk dapatkn TT.  saya pulak duk kat bumi kuching. maknanya memang tipis lah nak jumpa penulis buku ni..

dan sebab yang ketiga saya dapat penanda buku ekslusif edisi sunan yang memang tidak ada di pasaran.  sebab saya biasa pos barang2 ke semenanjung, jadi saya tahu kos mengepos guna pos laju. Harga untuk kos mengepos buku ni lebih kurang RM12.60 (3 buah).  memang saya tak rugi apa2 pun.

inilah buku imaginasi, karya terbaru RAM yang saya beli online... bukak daripada kotak terus snap gambar.  2 buah lagi tu kawan saya yang order.  kiranya sama2 peminat RAM lah..


inilah TT RAM beserta cop kelab RAM. ini yang susah nak dapat.  yang saya pegang kertas kaler hijau tu adalah penanda buku siri Sunan yang saya ceritakan tadi.. ada 8 buah buku siri Laksamana Sunan yang disusun mengikut nombor.  jadi kalau nak baca ikut aje turutan buku tu..  buku kisah Laksamana Sunan ni memang siri yang terpanjang.  sebelum ni RAM ada menerbit buku bersiri juga yang bertajuk Tombiruo. Tapi hanya ada 3 siri aje..


Minat membaca saya dari zaman pandai kenal huruf dan angka sampai sekarang tak pernah luntur. pernah seketika saya cuba menghilangkan hobi ini, tapi memang tak boleh.  jiwa saya rasa kosong bila tidak membaca... cuma buku2 bacaan yang saya pilih lebih tertumpu kepada buku2 yang lebih berbentuk ilmiah. sesekali saya layan jugak novel cinta, tapi tak mungkin tak kena dengan jiwa saya, saya rasa kurang seronok.  mungkin sebab jalan cerita yang lebih kurang sama menjadikan saya rasa bosan.

sekian celotehan pasal hobi saya... wassalam

Monday, 25 April 2016

Redha - memang terbaik

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

sebenarnya saya bukan lah kaki wayang.  saya jarang ambik pot sangat filem2 yang ditayangkan di pawagam kecuali filem2 yang sesuai untuk kanak2.  ini sebab tajuk filem yang nak ditayangkan tu nampak biasa aje..

tapi semenjak anak2 dah makin membesar ni, kerap kali jugak lah saya menonton movie tapi cerita yang sesuai untuk budak2 lah. macam cerita upin ipin, boboiboy the movie dll.

entah kenapa semalam saya teringin nak tengok filem tempatan pulak. sebelum ini saya pernah menonton polis Evo. ok lah jalan ceritanya.

dikala kaki2 wayang menonton filem yang hebat promosinya, saya memilih untuk menonton filem Redha. Walaupun tanpa promosi yang gila2 dan tanpa menggunakan pelakon yang glamour2 saya nampak filem ini sangat berjaya di hati saya.

watak Razlan dan Ina serta Danial begitu berjaya menyentuh hati saya.  anak saya Wani yang baru berumur 11 tahun pun mengalirkan air mata. begitu juga dengan Izah. maknanya jalan cerita filem tu turut sampai kepada anak2 saya.  cuma Azim aje yang tak beri apa2 reaksi..

bagi saya filem Redha walaupun dikhabarkan kutipannya tidak membanggakan tp bagi saya jalan cerita dan mesej yang ingin disampaikan begitu mendalam.

Ianya berkisar kehidupan keluarga yang dianugerahkan 'anak syurga' iaitu anak autism.   Tak perlulah saya nak ceritakan jalan cerita Redha ini.  cukuplah saya katakan ia adalah kisah kehidupan seorang ibubapa dengan anak autism dan insan2 yang ada dikekelilingnya.

Bagi saya Redha adalah calon filem terbaik yang dihasilkan pada tahun ini.  Bagi yang berminat untuk menonton filem ini, pergi lah tonton sebelum ditamatkan tayangannya...




muka2 eksited sebelum menonton.  lepas keluar daripada pawagam masing2 muka sedih aje...


Sekian, wassalam

Tuesday, 19 April 2016

NBOS projek knowledge sharing bersama MPP

Assalamualaikum semua..

sebenarnya ini cerita minggu lepas. tapi tak sempat nak up date sebab sibuk dengan tugas hakiki.  Hari ini baru sempat nak update blog.

Program ini bermula hari Jumaat dan selesai hari Ahad.  memang 3 hari diperlukan untuk siapkan projek ini.  Ini adalah program di NBOS Knowledge Sharing yang diadakan bersama MPP dan penduduk sekitar Padawan.

projek menghasilkan simen ferro ukiran kayu dan masonry ini dibuat di Pitcher Plants Exhibition and Conservation Centre milik Majlis Perbandaran Padawan.  projek ini dibuat bersama2 pelajar dan orang kampung di sekitar MPP.


saya kongsikan gambar2  sepanjang 3 hari program ini berlangsung.  kumpulan saya menghasilkan simen ferro ukiran kayu.  sebanyak 3 set simen fero ukiran kayu dan 3 set simen fero ukiran masonry telah berjaya dihasilkan dan akan disumbangkan ke taman2 di sekitar Padawan.

Day 1

sebelah pagi adalah proses menyiapkan kerangka projek.



 bersama kerangka yang dah siap dihasilkan sebelum makan tengahari.

 berselera masing2 masa lunch. kepenatan menyiapkan projek.


sebelah petangnya kami melepa  untuk 1 st layer pula.  masa ni kami dah angkat semua kerangka ni ke bawah kemah sebab takut kena hujan pada sebelah malamnya.






Day 2.

setelah dibiarkan semalaman, proses melepa lapisan kedua pula dilaksanakan.  yang kali ini agak rumit sebab kita kena pastikan lapisan yang dilepa cukup tebal untuk diukir pada sebelah petangnya.




 inilah hasil melepas dan membuat ukiran pada hari ke 2.


Day 3

kami hanya ada masa 1/2 hari aje sebelum majlis perasmian penutupan program yang akan dilaksanakan pada sebelah tengahari.

 izah pun membantu prses mengecat.

masa ni skill sangat penting.  segala ilmu yang dipelajari sebelum ini perlu dipraktikkan sepenuhnya bagi memastikan projek yang dihasilkan menepati kehendak.


 sempat juga saya snap gambar projek group lain.




dan akhirnya  inilah hasilnya.... group kami berjaya menjadi projek simen fero ukiran kayu terbaik. horeyyyy...


gambar di bawah ini adlah projek ukiran masonry terbaik..




sebelum balik saya dan izah sempat berposing kat taman ini..




 kepada yang berminat nak tahu macam mana simen fero kayu dan masonry boleh rujuk entry DIY projek saya.



program kami turut dimasukkan dalam artikel Borneo Post boleh buka di sini dan  artikel daripada berita harian pula ada di bawah





sekian, wassalam


Monday, 11 April 2016

Hari kantin dan keusahawanan SKMJ 2016

assaklamualaikum semua

hari Sabtu yang lepas sekolah anak saya telah mengadakan hari kantin dan keusahawan.
ibu bapa dijemput untuk hadir bermula jam 10 pagi hingga jam 1 tgh.

antara aktiviti yang dijalankan ialah
pertandingan mewarna
gerai jualan
pameran
saringan kesihatan
kaunter khas oleh Bank Rakyat (pembukaan akaun minima RM10.00)

berikut antara gambar yang sempat saya snap sepanjang program ini berlangsung

 

persembahan daripada murid2 sek.  ini aje gambar yang saya ambil. sebenarnya banyak lagi persembahan. tp dah kecoh dengan anak2 sampai tak ingat nak snap.






yang ini masa murid2 berkumpul dengan ucapan perasmian oleh VVIP (En Fazzruddin bin Abdul Rahman, Setiausaha Politik Menteri Kerja Raya Malaysia)


antara pameran yang ada semasa program ini

 pameran kesihatan.  murid2 didedahkan dengan pgambar makanan yang elok dan makanan yang rosak.  ada bermacam2 brosur yang berkaitan dengan kesihatan seperti penjagaan diri, penyediaan makanan, piramid makanan dll.

 ini pula pameran daripada Pihak Polis.  antara yang dipamerkan adalah jenis2 dadah dan kesannya serta senjata yang dilarang dimiliki oleh orang perseorangan.

kaunter zakat pun ada.  sempat juga lah saya mengisi borang untuk 'up date' potongan zakat bulanan.

saya juga sempat membuka akaun simpanan Bank Rakyat untuk Izah dan Wani.

selain itu ada juga gerai jualan makanan, minuman, pakaian dan lain2 lagi...


sekian, entry untuk kali ini..
wassalam

Kain batik corak songket sarawak

assalamualaikum semua

saja aje nak buat promosi
kepada yang berminat dengan kain batik songket sarawak bolehlah jenguk blog ini untuk daptkan design terbaru dan harga yang sangat berbaloi2 kerana pemilik blog ini tinggal di Kuching Sarawak.

http://songketsarawak77.blogspot.my/

ada macam2 corak dan warna yang menarik.   boleh tengok design kat bawah ni..









sekian untuk entry promosi
wassalam

like