Monday, 23 November 2015

aktiviti seni yang boleh dibuat bersama anak-anak


assalamualaikum semua..

diam tak diam dah penghujung 2015.
cuti sekolah pun bermula.
banyak juga iklan kem2 motivasi yang diadakan.
tapi disebabkan kekangan pulus dan masa terpaksa lah saya abaikan...

tapi kesian jugak kat anak2.
diaorang kena lah duk rumah.
daripada biarkan diorang mengadap TV dan main game aje, apa kata kita bagi diorang aktiviti.

sambil2 baca FB saya terjumpa aktiviti yang saya rasa agak menarik untuk dikongsikan di sini.
so saya copy sebahagian gambar yang saya rasa boleh dimanfaatkan terutama untuk anak2 saya.
tujuan saya untuk senang nak cari kalau diperlukan dan juga berkongsi idea dengan pembaca blog saya yang lain.

kredit kepada pemilik FB Massuzah Zakaria atas perkongsian idea dan gambar di FB.

saya kongsikan beberapa keping gambar yang boleh kita gunakan untuk aktiviti anak2 sepanjang cuti sekolah ini.

jom kita tengok

idea 1
gunakan garfu untuk menghasilkan seni lukisan daripada water colour


















idea 2

gunakan water colour dan daun2 sebagai template.







idea 3

gunakan sayur2 an atau apa sahaja sebagai template.  (yang ini saya pernah buat masa zaman sekolah dulu. pakai ubi kentang..)


















idea 4

menghasilkan lukisan seni menggunakan straw.  yang ini saya pernah buat bersama2 izah masa dia darjah 1 dulu. sampai sekarang saya amsih simpan lukisan tu...










idea 5

menghasilkan lukisan dengan menggunakan polisterin yang telah dilukis...












idea 6

tali sebagai alat untuk menghasilkan seni lukisan.. menarik..








idea 7

bermain buih sabun dengan menggunakan hanger baju untuk menghasilkan belon yang besar...






idea 8

seni daripada beras putih yang diwarnakan.  yang ini saya pernah buat. tapi guna beraneka bijirin seperti beras, kacang hijau, kacang merah, kapas dan sebagainya. saya tampal pada kertas lukisan yang telah dilukis coraknya...




idea 9

buat laluan untuk kereta mainan dengan melukis sendiri. (betul ke ayat ni?)
yang ini Azim mesti suka.. dia kan banyak koleksi kereta mainan...





sebenarnya banyak lagi idea dalam FB tu..
tapi saya pilih yang anak2 saya boleh buat aje...
lepas ni bolehlah praktikkan...
sekurang2nya anak2 tak adalah kebosanan duk kat rumah diorang sepanjang cuti sekolah ni..

sekian. wassalam..

No comments: