entry kali ini nak cerita pasal rak buku.
sebenarnya asaya dan anak2 suka membaca novel.
kalau dah suka membaca, maknanya tiap2 bulan mesti beli buku.
biasanya kami beli kat popular sebab dapat diskaun ahli.
daripada bersepah aje buku tu, saya pun belilah rak dan letakkan kat bahagian tengah sebagai divider antara ruang tamu dengan ruang menonton.
inilah rupanya rak buku kami.
nak buat built ini tak ada budget.
jadinya saya beli 2 unit dan cantumkan.
disebabkan rak buku ini space nya agak tinggi jadi untuk novel2 saya tindihkan atas bawah untuk menjimatkan ruang.
ini pun saya tengok dah mula penuh.
mungkin saya kena kelaskan mana buku2 yang dirasakan dah tak pakai bolehlah didermakan.
macam buku grolier tu dah boleh fikirkan untuk dijual aje. masih elok lagi tu.
anak2 saya cermat guna buku dan kad tu. mungkin diorng tahu buku tu mahal.
rak ini dikhaskan untuk majalah dan buku2 bacaan sahaja.
untuk buku sekolah anak2 saya suruh diorang susun dalam bilik aje..
kalau tak memang sentiasa berserak ajelah pasal buku2 sekolah kan aktif.
rak buku ini pulak lokasinya betul2 kat ruang depan.
bukak pintu terus nampak rak buku dulu..
kalau asyik bersepah aje, mahu mama diorg jadi rimau bila balik kerja.. stress tau.
kat bahagian atas rak tu sebenarnya ada banyak frame gambar.
tapi disebabkan ada kucing liar yang mengganas dalam rumah sebelum ni menyebabkan habis semua frame jatuh dan pecah cerminnya.
ini aje yang tinggal. sedeyyyy..
ini pulak pemandangan dari sudut lain pulak...
sekian..... wassalam.
No comments:
Post a Comment