Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua
Entah macam mana semasa Miss N godek-godek tengok sale di Air Asia terbeli pula tiket ke Krabi. Sebenarnya perancangan asal nak ke Banda Aceh tapi disebabkan perancangan untuk bercuti pada bulan Disember Miss N terpaksa batalkan sebab teringat peristiwa Tsunami di situ yang berlaku pada 25 Disember 2004. Ni gara-gara anak Miss N lah ni bila cakap nak beli tiket ke Aceh dia terus cakap, Tsunami kan bulan 12. gulp... cancel terus
kali ni kami akan pergi berenam. Miss N anak beranak 4 orang bersama emak dan adik perempuan.
Macam biasa bila tiket dah beli aje Miss N pun mula lah mencari maklumat yang berkaitan sebagai persediaan awal. Google sambil blog walking untuk dapatkan info. tapi buat silap juga sebab terbooking guest house di Koh Phi Phi Island. Ok kita buat Plan B pula.
Ringkasan Itinerary plan B Miss N
Day 1
Flight KLIA 2 - Krabi (7.05 am)
Krabi airport - Jeti Krabi - Koh Phi Phi Island (3 jam)
Viewpoint untuk sunset
Day 2
Viewpoint untuk sunrise
Snorkeling dan sunset view
Day 3
berjalan2 sekitar Koh Phi Phi Island
solat di Masjid Koh Phi Phi
berkayak ke Monkey Cove
night market di Koh Phi Phi Island
Day 4
check out harmony House
Koh Phi Phi Island - Jeti Krabi - Krabi town
Check in Riverside Hotel di Krabi town
night market di Krabi Town
Day 5
Check out
Krabi town - Airport Krabi - KLIA 2
Senarai barang yang perlu dibawa
1. Baju mandi
2. baju dan seluar
3. Sunblok (sangat berguna ketika snorkeling dan berkayak)
4. Topi dan sunglass (tertinggal juga terpaksa beli kat sana 😅)
5. Beg kalis air (utk simpan brg berharga cth purse, passport dan handphone semasa snorkeling)
6. action camera
7. Kasut getah/ selipar
kos yang dibelanjakan untuk 6 orang (kos tidak termasuk shopping)
RM
Tiket flight AA return : 1602
Harmony house : 869.36
Riverside hotel : 131.56
makan: 56.30
Jumlah RM: 2659.22
THB
Riverside hotel : 500
simkad : 150
van dari airport ke jeti (return) : 1200
entrance fees di Island:
Feri ke Koh Phi Phi Island (return) : 4800
viewpoint kali 1 : 30
viewpoint kali ke 2 : 60
berkayak (4 orang) : 200
snorkling dan sunset view : 2100
teksi dari jeti ke riverside hotel : 300
perbelanjaan makanan : 1882
Jumlah THB : 11222
Jumlah RM : 1494.43
So secara ringkasnya jumlah perbelanjaan keseluruhan untuk 6 orang adalah
RM2659.22 + RM1494.43
= RM 4153.65
= RM692.28 seorang
Wednesday, 26 February 2020
Percutian ke Krabi, Thailand Part 4
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua
Entry Krabi bersambung lagi.
jangan jemu ye. Miss N memang suka buat entry part by part supaya senang u'll nak membacanya.
Day 4
Pagi tu kami bangun awal dan terus bersiap-siap. perancangan nak naik feri jam 9 pagi supaya ada tambahan masa di Krabi Town nanti. Selesai check out kami pun berjalan ke jeti. sambil-sambil tu mata ni melilau melihat apa2 yang menarik untuk disnap gambar.
aneka jenis mesin ATM |
perjalanan menaiki feri selama 3 jam terasa amat singkat sebab masing-masing tertidur keletihan. so tak terasa lah. Tak ramai sangat penempang dalam feri ni. jadinya kami boleh duduk ikut suka aje. Azim siap baring lagi. best juga.
hero mama yang tak mahu berengang |
inilah feri yang digunakan untuk ke Phi Phi Island tu. besar dan selesa |
dari jeti kami menaiki van untuk ke hotel. Kami menginap 1 malam di riverside hotel yang terletak di Krabi town. Dekat shaja dengan Krabi night market.
biliknya ok la
lepas check in, berehat sekejap sebelum Miss N keluar untuk mencari apa2 yang sesuai untuk Lunch. Perancangan nak sewa motosikal aje. tp bila on google map, lokasi restoran makanan halal tu 500 m aje dari hotel terus tak jadi. Menapak ajelah. bukan jauh pun. Miss N tapau aje untuk makan di dalam bilik hotel. sebab masing-masing dah keletihan nak keluar.
Sebelah petang jam 5.30 barulah kami semua keluar (kecuali Izah). target nak ronda-ronda sekitar Krabi town ni dan terus ke night market.
alam yang tak pernah mengecewakan |
susah betul nak senyum di hero ni bila moodnya ke laut |
bergambar kat replika ketam |
motosikal kat sini. raga kat bahagian depan |
ais krim ! ais krim |
nak tukar duit pun boleh kat sini |
tiang traffic light yang unik |
seaweed. kalau di sabah kita panggil latok |
pulut mangga yang sedap |
aneka kraftangan |
hasil crochet. i like 💓 |
crochet lagi 😍 |
ramai juga pengunjung Nnight market ni |
macam-macam cenderamata |
ada persembahan kebudayaan juga kat sini |
mini pancake. sedappp. rangup |
air bubble tea |
sejenis kekacang. sedap juga. isinya macam kacang tanah |
rumpai laut yang meletup-letup dalam mulut bila digigit. rasanya masin2 |
pulut mangga |
mini pancake |
Day 5
keesokan pagi, kai membeli breakfast di restoran yang sama sebelum van yang ditempah datang untuk menghantar kami ke Airport.
sementara menunggu boarding |
bas yang digunakan untuk ke flight. x perlu jalan jauh |
dalam bas |
masa untuk ucapkan sayonara. bye bye Krabi... percutian backpacker yang memberi banyak pengalaman untuk Miss N sebagai ibu, anak dan kakak. Semoga berjumpa lagi di lain entry.
Sekian, wassalam
Tuesday, 25 February 2020
Percutian ke Krabi, Thailand Part 3
assalamualaikum dan selamat sejahtera semua
Miss N sambung lagi entry trip ke Krabi ni.
Day 3
Memandangkan semalam dah keletihan snorkeling, hari ni Miss N nak santai-santai aje kat sini. So kami berjalan-jalan di sekitar Phi Phi Island ni. Adik Miss N mabuk laut lagi jadinya dia tak mahu ikut jalan. Izah pun sama. So Miss N 3 beranak dan emak sahaja yang keluar.
dah puas berjalan kami mengunjungi satu-satunya masjid yang ada di sini untuk menunaikan solat zohor jak asar. Untuk info, penduduk di sini ramai yang beragama islam walaupun rata-rata pengunjungnya adalah mat saleh yang seksi meksi. sabo ajelah.
petang tu jam 3 ptg Miss N dan anak2 berkayak pula. Adik dan emak tak mahu ikut. diorang takut nak berkayak sebab tak pandai berenang.
disebabkan malam ni adalah malam terakhir kami di Phi Phi Island ni, malam tu kami ramai2 berjalan-jalan meninjau aktivti waktu malam di sini. meriah sungguh.
dah puas merayap kami pun balik ke guesthouse untuk berehat. ZZZZZZZZZZZ
bersambung..
sekian, wassalam
Miss N sambung lagi entry trip ke Krabi ni.
Day 3
Memandangkan semalam dah keletihan snorkeling, hari ni Miss N nak santai-santai aje kat sini. So kami berjalan-jalan di sekitar Phi Phi Island ni. Adik Miss N mabuk laut lagi jadinya dia tak mahu ikut jalan. Izah pun sama. So Miss N 3 beranak dan emak sahaja yang keluar.
ada pizza tp x beli pun |
tak jemu tengok pantai yang indah ni |
selfie 4 beranak aje |
masa tengah shopping tu terjumpa pula penjual yang pandai cakap melayu kecek kelantan. seronok juga berbual-bual dengannya. Kalau nak beli souvenir kena pandai cari. Sebaiknya beli pada waktu malam sebab dari pengalaman Miss N waktu siang harganya agak mahal berbanding waktu malam.
aneka souvenir dijual |
selfie sendiri pun boleh |
lobster yang masih hidup |
pengangkutan utama di sii untuk mengangkat barang |
hasil crochet yang menarik. seksi gitu. hihihi |
smoothies lagi |
petang tu jam 3 ptg Miss N dan anak2 berkayak pula. Adik dan emak tak mahu ikut. diorang takut nak berkayak sebab tak pandai berenang.
kayuh lah kayuh |
airnya jernih sangat |
disebabkan malam ni adalah malam terakhir kami di Phi Phi Island ni, malam tu kami ramai2 berjalan-jalan meninjau aktivti waktu malam di sini. meriah sungguh.
seafood memang banyak |
seafood lagi |
pancake yang sedap. wajib cuba |
ais krim coconut yang sedap |
dah puas merayap kami pun balik ke guesthouse untuk berehat. ZZZZZZZZZZZ
bersambung..
sekian, wassalam
Subscribe to:
Posts (Atom)