Monday, 14 May 2018

Seoul Korea Selatan Day 4

assalamualaikum semua

sambungan entry ke Seoul

hari ke 4 ni kami melawat Nami Island dan Petite France.  kami beli secara online menggunakan Seoulpass.   bila menggunakan aplikasi ini, saya dapt harga yang lebih murah. Pakej ke Nami Island dan Petite France ini berharga 40,000 won seorang untuk dewasa dan kanak2.  kelebihannya adalah kami menaiki bus ke Jeti sebelum menaiki bot ke nami Island.  Seterusnya menggunakan bas yang sama juga untuk ke Petite France.Kami tunggu bas di stesyen Myeondong memandagkan kami dah familiar dengan tempat ini.  dah 3 hari berturut kami datang ke Myeongdong ni.

inilah bas yang membawa kami ke Nami Island dan Petite France.



disebabkan pemandangan di Nami Island ni sangat cantik, maka banyaklah gambar yang saya letak dan kongsikan.  sila jangan mabuk ye...  Teruja sangat dapat merasa suasana bersalji di sini.  




disebabkan kami datang bulan Januari, salji yang dikumpul di pulau ni dah makin banyak.  Rezeki kami sebab dapat main sled secara percuma lagi di sini.  memang seronok lah...




teruja dapat main salji anak2 saya. sanggup main gelongsor pulak dgn sejuknya tu.. saya tak sanggup nak pegang ais  tu sebab sejuk.  






ada juga iglo yang dibuat dari jerami.  kami tak lepaskan peluang ambil gambar dan masuk dalam iglo tu...  punyalah teruja sangat...

 






 


bergambar kat satu2nya tempat makan halal di sini.  kat depan tu kelihatan air terjun yang sedang membeku.  so dapatlah bayangkan bagaimana sejuknya tempat ini.



kat sini ada pertandingan mengukir ketulan ais.  tapi disebabkan kekangan masa kami hanya melihat2 sahaja hasil seni ais yang dibuat di sini.





beraneka ukiran ais terdapat kat sini.  ni beberapa gambar yagn sempat saya kongsikan














 

Winter sonata dalam kenangan.





snap gambar kat air yang membeku pulak






sebenarnya saya tak faham pun tulisan ni tp nak juga bergambo..  layan aje lah ye  





gambar terakhir sebelum naik feri semula..  






OK, destinasi seterusnya adalah ke Petite France pula.

 bergambar dulu kat bahagian depannya ye...



masa kami sampai, kami disajikan dengan persembahan puppet yang diperbuat daripada kayu.  kreatif mereka ni menjadikan puppet kayu ini sebagai daya tarikan pelancong.










gambar di bawah ini antara cerita-cerita dongeng popular yang  selalu  baca atau tengok dalam movie sampai sekarang.  antaranya cinderela, beauty and the beast, dan lain2.   saya kongsikan mana yang ada ye  sebab memang banyak gambarnya.




ke manakah arah tujuan anda??????????





kat sebelah luar petite france ni ada gerai menjual buah strawberi yang berharga 5 ribu won.  rasanya manis dan sedap.


dalam perjalanan balik, sempat juga saya snap beberapa pemandangan indah yang menarik mata saya sepanjang masa...







sekian, bersambung lagi ye....


Monday, 5 March 2018

Seoul Korea Selatan Day 3


assalamualaikum semua

kita sambung entry melancong ke Seoul ni ye.
Hari ketiga ni kami melawat Gyeongbokgung Palace, Gwanghwamun square dan muzium history of King of Sejong hasil perbincangan dengan Izah pada sebelah mlm dan pagi tu.

Untuk ke sini kami naik train metro turun ke Gwanghamun station dan keluar melalui  Exit 2.  bila keluar aje dari pintu tu jalan terus sampai ke jalan besar yang mana kita boleh nampak monumen Raja Sejong.  dari monumen tu kami terus berjalan sampai hujung jalan dan terus menuju ke Gyeongbokgung Palace.





Semasa kami sampai ni, persembahan kebudayaan baru sahaja bermula.. so kami pun terpacak lah menyaksikan persembahan diraja tu..

 

gambar kanan tu adalah pakaian korea yang boleh disewa.  tapi saya tak jumpa tempat sewa pakaian tu.








gambar-gambar yang dirakam sekitar kawasan  istana ni




tasik yang membeku.





luas betul kawasan istana ni...

ada kedai menjual cenderamata di dalam kawasan istana ni.



sebelum bergerak keluar, kami menyaksikan sekali lagi persembahan di istana ni  dari dalam pula






nampak betul kekerdilan kami sekeluarga bila bergambar dengan org2 korea ni...



selepas tu kami menuju pula ke destinasi seterusnya iaitu muzium histori of King Sejong.  

saya ceritakan sedikit catatan mengenai kehebatan Raja Sejong ni ye.

  1. Raja Sejong dilahirkan pada 15 Mei 1397.  beliau ditabalkan menjadi raja pada usia 21 tahun.
  2. pada zaman pemerintahannya, Korea mencapai zaman kemuncak kegemilangannya. beliau juga dikenali sebagai Yang Agung atau The Great.
  3. beliau berusaha menerapkan  falsafah Confucius dalam pemerintahnya dan menghasilkan sebuah buku yang berkaitan dengan falsafah ini.  
  4. beliau juga merupakan pakar diplomasi yang mana dialah yang memulakan hubungan diplomatik dengan Dinasti Ming di China yang memberikan manfaat kepada dinasti Joseon, Korea.  beliau juga menjalinkan hubungan dengan Jepun dengan membuka tiga pelabuhan jepun untuk pedagang Jepun berdagang dengan mereka.
  5. membangunkan dasar ketenteraan Korea ke tahap yang lebih baik antaranya membangunkan dasar meriam, mortar, penggunaan panah berapi dan senjata api. 
  6. memberikan sumbangan dalam bidang sains dan teknologi seperti penciptaan buku pertanian.
  7. jasanya yang paling besar adalah memperkenalkan tulisan baru untuk masyarakat korea yang dikenali sebgai tulisan Hangul yang mempunyai 28 huruf yang berasaskan sebutan lidah bangsa korea.
  8. membantu seorang lelaki genius dalam penyelidikannya.  Jang Yeong Sil dibantu dan berjaya mencipta ciptaan hebat seperti jam air, sfera cakerawala dan jam matahari.  sistem kalendar yang asalnya berasaskan kalender china ditukar kpd kalender baru

atas jasanya yang banyak itu menjadikan namanya diabadikan pada sebuah kapal angkatan laut korea selatan iaitu ROKS Sejong the Great DDG 991.  saya kongsikan gambar yang dirakamkan di sini.




ini gambar sebaik sahaja masuk ke dalam bangunan ty.










gelap sikit dalam ni. tak nampak sagt.  



selepas tu kami terus bergerak balik ke guesthouse.  rehat sekejap dan keluar balik untuk menikmati suasana malam di Itaewon ni.

Inilah suasana sebelah malam di Itaewon yang sempat saya snap.  sebab sejuk, kami tak lama sangat jalan2 sebelah malam ni.  lagi pun badan dah letih.




bersambung.....