Thursday, 23 January 2020

Berekeh Hill

Assalamualaikum semua

Entry dah basi tapi nak juga up kat sini.  Trip ke Berekeh Hill ni Miss N join last minit.  kebetulah waktu tu cuti krismas dan masa pun ok, so Miss N join lah.  Trip ni sekali dengan bas yang bergerak dari stesen LRT Gombak.  Mudahlah sangat bagi Miss N yang malas nak drive dr KL ke Perak sebab masih letih lagi.

sebelum tu Miss N kongsikan sikit info pasal Bukit Berekeh ni.

Bukit Berekeh terletak di Sungai Siput Perak.  Ia juga dikenali sebagai Bukit Botak.  Untuk ke Puncak, pendaki perlu mendaki sebanyak 5 puncak.  Untuk yang jarang mendaki akan terasa mental jugalah. Untuk makluman, starting point ada dua tempat.  Starting point yang pertama berdekatan dengan masjid Bawong dan satu lagi di ladang kelapa sawit.  kedua-dua laluan ini akan bertemu di puncak pertama.  Jadinya masa turun dari puncak kena tahu naik dari laluan mana untuk mengelakkan turun ke starting point yang salah.  dari puncak, laluan ke kanan adalah laluan starting pont kelapa sawit manakala ke kiri adalah starting point dari masjid bawong.  Disebabkan simpang tu tak ada apa-apa tanda, kesilapan memilih laluan turun tu boleh terjadi.


ok. Miss N kongsikan tentatif perjalanan yang diberikan oleh organizer


10.30 malam : berkumpul di LRT gombak
11.30 Malam : Bas bergerak.
3.00 pagi : Dijangka sampai + regroup dgn org  yang drive kereta di masjid bawong
5.00 pagi : Start hike (layan sunrise)
8.00 pagi : start turun
10.30 pagi : starting point
11.00 pagi : Naik kenderaan dan bergerak ke lata penyel
11.40 pagi : Dijangka tiba di lata penyel
12.00 tghari : lata penyel dan mandi2
4 petang : Bergerak balik ke KL
8 malam : LRT gombak

*Tentatif hanyalah panduan semata mata , akan berubah mengikut pace dan cuaca.


ok.  Jom kita tengok kejadian sebenarnya.

Miss N bergerak awak sebab  x familiar sgt dengan stesen LRT gombak tu.  Bergantung pada google map aje.  itu pun ada tersalah masuk simpang dan terpaksa buat u-turn kat UIA.  Bila sampai awal terus parking kereta kat kawasan parking bertingkat dan berehat.  Dalam jam 10.00 mlm barulah Miss N bergerak ke tempat berkumpul.

agihan baju trip dijalankan di sini

menunggu taklimat.  hero Miss N dan tergolek

Sedap betul dia berselimut atas lantai tu


sesi taklimat




group photo



bersedia untuk naik bas
 kami bermalam dalam bas sahaja.  sepanjang penjalanan senyap dan sunyi sebab masing-masing tidur.  charge tenaga untuk aktiviti pagi esok.

bas sampai di masjid bawong lebih kurang 4.00 pagi.  so kami singgah untuk cuci muka dan membersihkan diri kat situ.  Jam 5.00 terus berjalan menuju ke starting point untuk sesi warming up dan briefing seblum mula mendaki.

sesi taklimat dan warming up
selesai briefing dan warming up kami pun memulakan pendakian.  head lamp digunakan untuk memudahkan pergerakkan.    kami berhentidi puncak 1 untuk mengerjakan solat subuh sebelum meneruskan pendakian ke puncak-puncak yang seterusnya.



matahari dah mula menampakkan cahayanya

my hero



dah mula terang













nikmat mana lagi yang ingin kau nafikan




 
dua beranak di puncak Berekeh

Kat puncak ni kami makan nasi lemak yang dibawa dari bawah.  nikmat sungguh dengan cuaca berangin sepoi2 bahasa.  masa ni udara sejuk lagi.  dah puas menikmati keindahan, puas bergambar jua, cuaca pun mula panas, moh le kita bergerak turun

 




kat atas puncak ni tak ada pokok besar.  sebab itulah kita digalakkan mendaki waktu pagi dan turun sebaik sahaja matahari mula menampakkan dirinya.  kalau tak memang kepanasan lah atas tu.







 

 

kalau ikutkan tentatif kami akan pergi ke Lata Penyel.  tapi sebab musim hujan, laluan ke situ jadi sangat licin dan bas yang membawa kami tak mahu pergi sana.  So destinasi terpaksa ditukar.  kami pergi ke Lata Kijang.

 

cantik juga air terjun kat sini


 

Miss N mandi sekejap aje untuk bersihkan diri.  lepas tu terus berehat-rehat aje di situ sambil masak air dan maggi. 

Selesai semuanya dalam jam 4 petang, bas pun bergerak balik ke stesen LRT Gombak semula. 

selesailah ekspedisi pendakian Miss N.  Syukur sangat kerana segalanya dipermudahkan,  cuaca pun menyebelahi kami.  Tercapailah hajat Miss N ke puncak Bukit Berekeh ni.

Sekian, wassalam

Tuesday, 14 January 2020

Sarawak Energy Run 2019

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

ini sebenarnya penutup larian Miss N untuk tahun 2019 tapi entrynya ditulis tahun 2020.  aci dak.  Kali ni Miss N ambil 10 km.  Event ni memang jadi tumpuan runner-runner hebat sebab hadiah yang ditawarkan lumayan.  ada 2 kategori yang dipertandingkan iaitu kategori awam untuk lelaki dan wanita dan kategori kedua untuk staf mereka. Tempat pertama RM500 hadiahnya.  sponsor pun banyak.  best2. 

race pack


waktu nak mula.  gelap lagi jam 6.00 mula

muka gembira dapat buat PB
sebenarnya impian nak naik podium tu ada.  tapi peserta-peserta yang join bukan calang-calang.  geng-geng podium semuanya.  memang payah jugalah nak menyelit.  tapi tak apalah.  Rezeki dapat personal best (PB) pun dah cukup menggembirakan Miss N.
gigih nak cari nama sendiri

 

kasut kesayangan usah dilupakan 

sekian entry singkat pasal running.  Wassalam

crochet beg patern keretapi

assalamualaikum semua

saja aje saya nak tunjuk hasil crochet yang dihasilkan oleh Wani anak perempuan saya yang turut meminati seni crochet ini.  Besar saiz beg ini. 




anak saya ni dia memang suka dengan seni.  hasil lukisan dia pun cantik.  banyak sebenarnya hasil crochet dia.  sampaikan bekas pensil pun dia buat sendiri.  gigih dia menyiapkan bekas pensil tu masa cuti sekolah.  dia pilih patern sarang lebah menggunakan net khas. tp sayangnya hilang dicuri kawannya.  frust dia.

lining dalam ni saya yang tolong jahitkan

sekian, wassalam

Monday, 9 December 2019

pancake

assalamualaikum semua

kali niMiss N nak kongsikan resepi pancake



Resepi waffle rangup
1 cwn air
1 biji kuning telur
1 sudu besar butter yg dicairkn
1 cwn tepung naik sendiri/ tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
Garam secukupnya
1/2 serbuk penaik ( kalau guna tepung gandum)
Sedikit esen vanila

*masukkan bahan dari atas. Kacau hingga sebati

Dalam bekas lain pukul putih telur hingga jd merigue. Masukkan 2 sudu besar gula pasir. Kacau sebati

Masukkan dlm adunan tepung sedikit demi sedikit. kacau sekejap aje asalkn rata

Masukkan dlm waffle maker dan bakar selama 3 minit. Angkat dgn menggunakan penyepit plastik

Sapu dgn peanut, coklat dan lain-lain ikut cita rasa sendiri.

siap

Selamat mencuba