Tuesday 14 January 2020

Sarawak Energy Run 2019

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

ini sebenarnya penutup larian Miss N untuk tahun 2019 tapi entrynya ditulis tahun 2020.  aci dak.  Kali ni Miss N ambil 10 km.  Event ni memang jadi tumpuan runner-runner hebat sebab hadiah yang ditawarkan lumayan.  ada 2 kategori yang dipertandingkan iaitu kategori awam untuk lelaki dan wanita dan kategori kedua untuk staf mereka. Tempat pertama RM500 hadiahnya.  sponsor pun banyak.  best2. 

race pack


waktu nak mula.  gelap lagi jam 6.00 mula

muka gembira dapat buat PB
sebenarnya impian nak naik podium tu ada.  tapi peserta-peserta yang join bukan calang-calang.  geng-geng podium semuanya.  memang payah jugalah nak menyelit.  tapi tak apalah.  Rezeki dapat personal best (PB) pun dah cukup menggembirakan Miss N.
gigih nak cari nama sendiri

 

kasut kesayangan usah dilupakan 

sekian entry singkat pasal running.  Wassalam

No comments: