Wednesday, 29 January 2020

Percutian ke Krabi, Thailand Part 2


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

Perkongsian Trip ke Krabi diteruskan pada hari ke 2.

Pagi-pagi algi kami dah bersiap2 untuk ke viewpoint untuk kali ke2.  Konon-konon nak tengok sunrise la.  tp terlewat  juga sebab nak breakfast dulu lah dan macam2.  kali ni kami berempat.  Adik Miss N yang cakap tak mahu naik lagi tiba-tiba nak pulak ikut.  jadinya kami berempatlah naik ke viewpoint tu.


 

pemandangan di viewpoint 1


semalam tak nampak tempat ni di viewpoint 1


aneka jenis buah

replika ayam

untuk hilangkan haus

bergambar 3 beranak

 
laluan ke top view



taman bonzai yang cantik sebelum ke top view




kagum dengan keindahan yang terbentang


kelapa muda berharga 70 baht di atas ni

tekun si hero mengorek isi kelapa



pemandangan dua laut sebelah kiri warnanya membiru makala sebelah kanan warna emerald





terpikat pula tengok pokok ni

kalau haus nak refill air pun boleh kat penghujung tangga viewpoint ni

peta untuk rujukan


wayar elektrik yang berselirat.  

 

smoothies lagi 


Turun dari viewpoint kami terus ke guest house untuk bersiap-siap pula untuk trip island hoping pula.  dari guest hotel kami hanya perlu berjalan dalam 1-2 minit sahaja untuk ke tour agensi tu.  lepas tu barulah kami bergerak beramai-ramai ke jeti untuk menaiki bot.




 

tangan kena cop dan diberikan reben 


destinasi pertama adalah monkey beach.  kat sini kami dibenarkan  turun dari bot dan berjalan-jalan di sekitar pantai tu dan mengambil gambar.  kena berhati hati dengan monyet yang ada di situ sebab agak liar juga.  Azim hampir kena gigit kat situ.  Emak Miss N cuma tunggu dalam bot aje.  dia tak mahu turun sebab kena meredah air.

monyet tu pun nak bergambar juga

 
confirm basah kat sini.  airnya paras atas pinggang 



viking cave.  cuma lalu sahaja

Izah membawang dengan mat saleh seksi 
ada dua tempat snorking sepanjang trip kami iaitu yang pertama di Lotsamah bay yang memang cantik pemandangan batu karangnya dan yang ke dua adalah  di Maya bay.
snorkeling di sini
lepas snorkeling kami diberi makan nasi goreng ni.  comel aje bekasnya tapi cukuplah.  tak habis pun masa ni.  simpan dan sambung makan lagi lepas snorkeling ke 2.


ikan yang dapat dilihat dari permukaan air.

warna air yang jernih hingga nampak dasarnya


dah puas mandi dan snorkeling, kami diberi makan buah nenas.  Masa ni dah terasa pening-pening akibat dilambung ombak.   Lepas makan buah nenas tu rasa lebih lega.  So tahulah kenapa diorg hidangkan buah nenas.  dapat ilmu baru kat sini.


sunburn dah masing-masing



selesai snokeling bot pun bergerak ke satu tempat dan berhenti.  terumbang ambil lah bot di situ sambil melihat sunset.  Kami kembali mabuk lagi sebab alunan ombak yang tidak berhenti-henti.  masa ni ramai yang decided untuk balik tak mahu lihat plankton.  tapi Miss N tetap berkeras nak juga lihat plankton sebab dah ada dalam pakej. Masa ni Miss N bengang juga dengan driver bot tu sebab saja aje nak psiko minda.  siap tanya lagi boleh berenang tak sebab tempat tu kena berenang dan jauh.  Tp miss tak peduli. So kami dipindahkan ke bot lain.  bot yang Miss N naik tu digunakan untuk terus ke jeti.  Pertukaran penghuni bot berlaku dan bot yang melihat plankton tak ramai pun orangnya.  dalam 15 orang termasuk Miss N anak beranak.




pemandangan sunsut yang indah

Emak dan adik Miss N menaiki bot terus ke jeti.  Kami berpisahlah di situ.   Bila suasana mulai gelap kami dibawa ke satu tempat dan bot berhenti di situ.  hanya 15 minit sahaja masa yang diberikan untuk melihat plankton.  konon2 bagi anak2 turun dulu Miss N jaga barang.  tapi bila anak2 dah naik, bot terus bergerak ke jeti.  tak sempatlah Miss N nak turun tengok Plankton.  tak apalah.  yang penting anak2 dapat tengok.  anak2 Miss N cakap kena kocak2 air tu baru nampak cahaya plankton tu..

gelap tak nampak apa pun

gerai jual makanan di jeti.  tengok aje
sampai di jeti Miss N anak beranak terus bergerak ke guest house.  masa ni dah tak fikir lain.  cuma fikir nak bersihkan diri dan berehat aje sebab keletihan.  makan pun tak lalu.

untuk video pengalaman kami snorkeling boleh tengok kat link ini snorkeling di Phi Phi Island

bersambung....

No comments: