assalamualaikum semua
Hujung tahun 2019 saya diberikan keizinan olehNya untuk menjejakkan kaki ke destinasi pelancongan popular yang terletak di Thailand. Sebenarnya impian nak ke sana tu dah lama. Kebetulan ada rezeki lebih, Miss N terus buka AA untuk mencari tiket. sebab last minit decision tak dapatlah tiket yang murah. Tapi boleh lah harganya memandangkan waktu tu cuti sekolah. Selain family kecil Miss N, emak dan adik perempuan pun ikut sekali. jadinya kami berenam lah.
|
selfie sebelum naik flight |
kami menaiki flight awal pagi (7.05 am). bagusnya kalau awal pagi flight jarang delay. so kenalah sampai awal ke airport kalau tak mahu kalut. untuk pergi ni Miss N tak ambil luggage. hand carry aje semua beg. disebabkan sampai awal kami merancang nak makan bubur aje di Mc D. Sekali dah bayar, menunggunya lama betul nak dapat bubur tu. sebaik dapat bubur tu terus kami berlari menuju ke imigresen pula yang kena berbaris bukan main panjang. dup dap dup dap dah jantung ni. sempat ke tak ni dalam hati berkata2. lepas aje imigresen kami pun berlari dengan pantasnya ke pintu perlepasan. sampai tu pintu hampir tutup dah. mujur sempat. jantung dah berdegup kencang akibat berlari + berdebar. fuhhh lega... Pramugari AA tu senyum aje tengok kekalutan kami semua.
|
dapat seat tepi. yeyyy |
|
menikmati hidangan atas awan dengan bubur Mc D yang tak sempat dimakan tadi... adik saya siap order air boba dalam flight tu. bila giliran saya nak beli dah habis stok. hampehhh |
|
sambil-sambil tu nikmatilah keindahan ciptaan ilahi dari atas |
|
rupa bentuk bumi Krabi dari atas |
|
semakin hampir... cantiknya |
dan akhirnya kami pun sampai di airport Krabi. Waktu tempatan 7.35 pagi. Waktu di Krabi 1 jam lewat dari negara kita ye. so set lah jam tu betul-betul untuk elakkan masalah nanti.
Perkara pertama yang saya buat sebaik melepasi imigresen adalah beli simkad yang berharga 150 THB. Seterusnya kami terus menuju ke kaunter sebelah kanan airport untuk mendapatkan van menuju ke jeti. Harga seorang sebenarnya 240 THB tp untuk Azim sebab bawah 12 tahun dia kasi free. so kami bayar 1200 THB (return).
kat sinilah baru Miss N sedar yang hotel dah tersalah booking. Miss N sudah booking hotel yang terletak di Koh Phi Phi Island bukan di Ao Nang seperti yang dirancang. Tepuk dahi Miss N. Hotel tu dah dibayar pun. Miss N tanyalah kat kaunter tu macam mana nak pergi. dia cakap diaorg akan hantar ke Jeti lepas tu Miss N kena naik feri dari jeti tu ke Phi Phi Island tu. Untuk mudah Miss N beli terus tiket feri di situ berharga 4800 THB (return) untuk 6 orang. ok settle satu hal.
So kami naik van terus menuju ke jeti berpandukan infomasi yang diberikan oleh petugas kaunter tiket tu. masa dalam van tu driver tu bagi kad nama dia untuk kami hubungi dia tempat ambil masa balik nanti.
|
selfie di jeti sebelum naik feri |
|
dalam feri |
perjalanan feri mengambil masa selama 3 jam. puas lah duk dalam feri tu. Bila bosan Miss N pun berjalan-jalan menikmati pemandangan laut andaman yang cantik membiru tu.
|
sempat bergambar juga. hihihi |
setelah 3 jam perjalanan, akhirnya kami pun sampai. Miss N terus on GPS untuk mencari hotel penginapan. tak jauh pun dari jeti, tapi sebab dah letih 1 km tu jadi macam 10 km rasanya. Miss N booking 2 buah bilik. disebabkan tersalah lokasi kami terpaksa check out sehari lebih awal. so tanyalah dengan receptionist tu macam mana. dia orang upgrade bilik kami bagi yang ada tv. ok la tu.
|
tempat penginapan kami |
|
3 single bed |
|
1 queen dan 1 single |
|
ada wifi yang boleh lah |
|
fire extingusher dia gantung tinggi juga. ok la ada ciri-ciri keselamatan |
Sedikit review untuk guest house yang Miss N booking ni. Lokasi dengan jeti dan kawasan tumpuan berdekatan sahaja. dari segi kebersihan pun memuaskan. Miss N sangat recommend lah Harmony House ni untuk sesiapa yang nak menginap di Koh Phi Phi Island.
Selesai urusan check in, kami terus mencari makanan untuk lunch. tak jauh pun dari situ. Kami berlima sahaja sebab emak Miss N letih dia minta tolong tapau aje.
|
muka keletihan |
|
set bahan perasa yang diletakkan atas meja |
|
tom yum sampai dulu |
|
berduet dah dia dengan kerabu betik |
|
nasi pun sampai |
|
jom kita makan... ala kat photo boom seksi pula kat belakang tu |
|
muka happy sebab dah kenyang |
|
inilah tempat makan kami. ada jual smooties juga kat situ |
|
aneka pizza. Miss tak beli sebab was was |
lepas makan Miss N terus berjalan-jalan sekitar situ untuk mencari pakej island hoping untuk keesokkan hari. Miss N akhirnya memilih dari Aloha Tour. pakej yang dipilih adalah half day Phi Phi Lay yang bermula jam 2.00 petang hingga 7.30 malam. Pakej ini meliputi tour ke Monkey beach, Viking cave, Pileh lagoon, Lotsamah bay, Maya bay, Sunset dan melihat plankton. Bayaran adalah THB350 seorang
|
pakej island hoping yang ditawarkan di sini |
Lepas tu kami terus masuk bilik dan berehat. letih wei dari naik flight, pastu naik feri pulak 3 jam, jalan kaki lagi dari jeti ke guest house (1 km aje 😅). amboi. amboi. ngada2 ye..
Petang tu Miss N berdua dengan adik menuju ke Viewpoint. yang lain-lain tak mahu ikut. letih katanya. sabo aje la. Viewpoint ni tak jauh dari Guest house pun. dalam 200 m aje sebelum memulakan mendaki anak tangga (x kira pula bilangan anak tangga tu). Di penghujung anak tangga akan jumpa kaunter bayaran. Kadar bayaran adalah sebanyak 30 THB seorang.
|
tangga yang panjang |
|
pemandangan senja di viewpoint 1 |
di Viewpoint 1 ni ada banyak replika yang menarik. antaranya beraneka jenis buah-buahan, ayam, tiram dan byk lagi.
|
replika ayam |
|
replika tiram dan mutiara |
selepas tu kami terus bergerak ke top view yang jaraknya hanya 200 m mendaki dari viewpoint 1.
|
ada cafe juga atas ni |
|
kaunter bayaran |
dah gelap pun. jom lah kita bergerak turun.
sampai guest house Miss N bersihkan diri dan terus berehat untuk aktiviti seterusnya pada keesokan hari.
bersambung........
1 comment:
courier service malaysia
parcel delivery malaysia
Post a Comment