Entry dah basi tapi nak juga up kat sini. Trip ke Berekeh Hill ni Miss N join last minit. kebetulah waktu tu cuti krismas dan masa pun ok, so Miss N join lah. Trip ni sekali dengan bas yang bergerak dari stesen LRT Gombak. Mudahlah sangat bagi Miss N yang malas nak drive dr KL ke Perak sebab masih letih lagi.
sebelum tu Miss N kongsikan sikit info pasal Bukit Berekeh ni.
Bukit Berekeh terletak di Sungai Siput Perak. Ia juga dikenali sebagai Bukit Botak. Untuk ke Puncak, pendaki perlu mendaki sebanyak 5 puncak. Untuk yang jarang mendaki akan terasa mental jugalah. Untuk makluman, starting point ada dua tempat. Starting point yang pertama berdekatan dengan masjid Bawong dan satu lagi di ladang kelapa sawit. kedua-dua laluan ini akan bertemu di puncak pertama. Jadinya masa turun dari puncak kena tahu naik dari laluan mana untuk mengelakkan turun ke starting point yang salah. dari puncak, laluan ke kanan adalah laluan starting pont kelapa sawit manakala ke kiri adalah starting point dari masjid bawong. Disebabkan simpang tu tak ada apa-apa tanda, kesilapan memilih laluan turun tu boleh terjadi.
ok. Miss N kongsikan tentatif perjalanan yang diberikan oleh organizer
10.30 malam : berkumpul di LRT gombak
11.30 Malam : Bas bergerak.
3.00 pagi : Dijangka sampai + regroup dgn org yang drive kereta di masjid bawong
5.00 pagi : Start hike (layan sunrise)
8.00 pagi : start turun
10.30 pagi : starting point
11.00 pagi : Naik kenderaan dan bergerak ke lata penyel
11.40 pagi : Dijangka tiba di lata penyel
12.00 tghari : lata penyel dan mandi2
4 petang : Bergerak balik ke KL
8 malam : LRT gombak
*Tentatif hanyalah panduan semata mata , akan berubah mengikut pace dan cuaca.
ok. Jom kita tengok kejadian sebenarnya.
Miss N bergerak awak sebab x familiar sgt dengan stesen LRT gombak tu. Bergantung pada google map aje. itu pun ada tersalah masuk simpang dan terpaksa buat u-turn kat UIA. Bila sampai awal terus parking kereta kat kawasan parking bertingkat dan berehat. Dalam jam 10.00 mlm barulah Miss N bergerak ke tempat berkumpul.
agihan baju trip dijalankan di sini |
sesi taklimat |
group photo |
bersedia untuk naik bas |
bas sampai di masjid bawong lebih kurang 4.00 pagi. so kami singgah untuk cuci muka dan membersihkan diri kat situ. Jam 5.00 terus berjalan menuju ke starting point untuk sesi warming up dan briefing seblum mula mendaki.
sesi taklimat dan warming up |
matahari dah mula menampakkan cahayanya |
my hero |
dah mula terang |
nikmat mana lagi yang ingin kau nafikan |
dua beranak di puncak Berekeh
Kat puncak ni kami makan nasi lemak yang dibawa dari bawah. nikmat sungguh dengan cuaca berangin sepoi2 bahasa. masa ni udara sejuk lagi. dah puas menikmati keindahan, puas bergambar jua, cuaca pun mula panas, moh le kita bergerak turun
kat atas puncak ni tak ada pokok besar. sebab itulah kita digalakkan mendaki waktu pagi dan turun sebaik sahaja matahari mula menampakkan dirinya. kalau tak memang kepanasan lah atas tu.
kalau ikutkan tentatif kami akan pergi ke Lata Penyel. tapi sebab musim hujan, laluan ke situ jadi sangat licin dan bas yang membawa kami tak mahu pergi sana. So destinasi terpaksa ditukar. kami pergi ke Lata Kijang.
cantik juga air terjun kat sini |
Miss N mandi sekejap aje untuk bersihkan diri. lepas tu terus berehat-rehat aje di situ sambil masak air dan maggi.
Selesai semuanya dalam jam 4 petang, bas pun bergerak balik ke stesen LRT Gombak semula.
selesailah ekspedisi pendakian Miss N. Syukur sangat kerana segalanya dipermudahkan, cuaca pun menyebelahi kami. Tercapailah hajat Miss N ke puncak Bukit Berekeh ni.
Sekian, wassalam
No comments:
Post a Comment