Thursday, 5 March 2020

Twincity Marathon 2020 - My VFM



assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

Sebenarnya Miss N tak pernah terlintas untuk menjebakkan diri dalam larian marathon.  Bermula dengan suka-suka join fun run 3 km naik ke 5 km, kemudian 7 km dan seterusnya 10 km. Kemudian ke Half Marthon tahun lepas, dan akhirnya tahun 2020 ni pembukaan event larian Miss N adalah Full Marathon.  huhuhu.  

Ini gara-gara Miss N berjaya membuat catatan masa bawah 3 jam dalam Half Marathon kedua tahun lepas.  Padahal HM pertama Miss N hampir-hampir DNF.  Tapi mungkin sebab cukup training dan Miss N berada pada tahap yang terbaik waktu tu. Tiba-tiba pula bersemangat nak mencuba FM.  

Sebaik sahaja Miss N register FM pada bulan Oktober tahun lepas,  Miss N terus dapatkan tip2 dari runner2 yang berpengalaman,  cari info dari pak cik google dan training.   Miss N cuma target nak habis within COT sahaja.  Macam-macam perasaan ada.  teruja, takut, seram, menyesal pun ada.  lebih-lebih lagi bila ada kawan2 yang pm bagi tip dan sokongan di saat-saat akhir.  bertambah nervous jadinya.  

Adakah Miss N berjaya??  Sila teruskan membaca....😅😅😅

poster dari kelab UGR

No photo description available.
info dari FB twincity marathon
disebabkan Miss N turun awal,  sempatlah jumpa kwn2 dulu sambil carbo loading, membawang dan tak lupa juga shopping di sekitar shah alam dan putrajaya.  huhuhu

kwn zaman study dulu

ais krim pisang

manis-manis semuanya termasuklah yang menulis ni.

lamb chop

besar giler roti ni

ambil Race Pack kat bangunan ini di Cyberjaya

route larian.  berdebar-debar


Sempat juga Miss N memasak udang galah berempah yang diterbangkan khas dari bumi kenyalang untuk family di kampung.  hihihi

udang galah berempah

buah dabai 
Petang sabtu tu Miss N check in di Citadines Dpulze Cyberjaya.  nak senang kononnya.  malas nak bersesak2 mencari parking pagi-pagi buta.  Dah la Miss N tak berapa familiar sangat tempat area tu.  kalau sesat lagi lah payah.  Adik Miss N sekeluarga pun ikut check in sekali. 

ruang agak luas juga

ada dapur memasak juga

jumpa buddy lagi malam tu.  sama-sama join FM

last carbo loading sblm run

pemandangan indah dari bilik penginapan
 Miss N berjalan kaki aje dari tempat penginapan ke starting point.  dekat aje.  senang.  jam 3.30 pagi dah gerak keluar.  memang dah janji dengan kawan nak berlari sekali sebab dia dah pernah buat FM sebelum ni.  Flag of jam 4.00 pagi.  gelap lagi waktu ni.  cot 8 jam.  So bersedialah nak berlari dalam cuaca panas membahang.

muka ceria sebelum barai

 
 gambar kiri semasa cuaca gelap, gambar kanan masa dah tengah pewai teruk

Sebaik sahaja larian dimulakan Miss N berlari berdua dengan kwn Miss N sampai km ke 15 tiba-tiba dia tertinggal di belakang.  Miss N tak perasan pun sebenarnya.  maka selepas tu bermulalah larian solo Miss N bersandarkan semangat nak habis VFM.  

Sepanjang larian memang meriah dengan water station (tak perlu bawa air) dan pada km ke 30 ada cendol juga.  Miss N dapat mangkuk terakhir. hihihi.  lepas tu ada juga keropok lekor yang panas-panas kalau tak silap dalam km ke 35.  tapi sebab Miss N dah keletihan cuma mampu minum cendol aje.  Yang keropok lekor tu Miss N lalu aje.  tak selera nak makan dah sebab keletihan yang melampau sangat.  5 km terakhir Miss N jalan aje.   Cuaca memang panas betul.  Nasib baik Miss N dah stand by sunglass dan topi kalau tak memang tak tahulah macam mana tahap kepewaiannya tu.  berbekalkan coklat bar dan salted candy sepanjang larian rupanya membantu juga untuk Miss N dapat tenaga.  Terima kasih sahabat yang membantu bagi banyak tip dan semangat.  U know who you are.  tak perlu mention di sini pun.

selfie nak hilangkan lelah
Sesungguhnya inilah event larian yang paling banyak memberikan pengalaman larian kepada Miss N.  Selepas 21 km Miss n memang betul-betul struggle nak tamatkan.  maklumlah sebelum ini tak pernah lari sejauh ini.  Sebenarnya Miss N dah betul2 keletihan tapi sebab mental masih kuat lagilah menjadikan kaki Miss N terus melangkah walaupun sambil berjalan dan berlari sambil kira tiang. huhuhu.  Tip ini memang betul-betul membantu sampai pada 5 km terakhir.

Syukur, syukur, syukur.  Tiada kata-kata yang dapat dilafazkan sebaik sahaja kaki Miss N melepasi FL.  Sebak, gembira dan gugur juga air mata sebaik sahaja berjaya tamat.  Masa ni memang keletihan sangat.  kaki pun rasa cramp.  Jalan dah macam ketam.


bergambar dengan sahabat yang setia menunggu
Sebenarnya kwn Miss N nak belanja Miss N lunch, tapi sebab Miss N dah pewai teruk nak makan pun dah tak selera jadinya terpaksalah cancel.  Sebab kalau Miss N join pun tak berbaloi sebab memang Miss N tak akan makan.
satu-satunya gambar yang ada.  gambar sendiri tak ada pun. 

bergambar sebelum berpisah.  TQ CT yang setia menunggu 

ini aje yang mampu diambil buat kenangan

i did it.  syukur

membantu elakkan cramp 

walaupun tak ada gambar solo di FL tapi dapat gambar daripada photographer pun jadilah.  hihihi.  Tengoklah betapa bergayanya Miss N berlari dengan sunglass dan topi.   hahaha.  walaupun keletihan melampau, tapi bila jumpa kamera boleh pulak tersenyum.  masa ni kalau tak silap Miss N 500m untuk ke garisan penamat.  Tiba-tiba ada pula tenaga Miss N nak memecut waktu ni. 



  
gambar-gambar dari photographer Zaini Jai.  


Segala yang Miss N perolehi adalah atas keizinan dariNya juga.  Syukur berjaya juga habiskan walaupun catatan masa tidaklah terlalu bagus.  yang penting Miss N dah berjaya up grade dari HM ke FM.  Yes i'm officially Marathoner now.  alhamdulillah.  Next target nak try buat PB dalam FM seterusnya.  Insha Allah, aamiin

Sekian, celoteh Miss N kali ini.  Semoga berjumpa lagi di lain entry.  Wassalam


Wednesday, 26 February 2020

trip ke Krabi Thailand (Summary)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

Entah macam mana semasa Miss N godek-godek tengok sale di Air Asia terbeli pula tiket ke Krabi.  Sebenarnya perancangan asal nak ke Banda Aceh tapi disebabkan perancangan untuk bercuti pada bulan Disember Miss N terpaksa batalkan sebab teringat peristiwa Tsunami di situ yang berlaku pada 25 Disember 2004.  Ni gara-gara anak Miss N lah ni bila cakap nak beli tiket ke Aceh dia terus cakap,  Tsunami kan bulan 12. gulp... cancel terus

kali ni kami akan pergi berenam.  Miss N anak beranak 4 orang bersama emak dan adik perempuan.

Macam biasa bila tiket dah beli aje Miss N pun mula lah mencari maklumat yang berkaitan sebagai persediaan awal. Google sambil blog walking untuk dapatkan info.  tapi buat silap juga sebab terbooking guest house di Koh Phi Phi Island.  Ok kita buat Plan B pula.

Ringkasan Itinerary plan B Miss N

Day 1
Flight KLIA 2 - Krabi (7.05 am)
Krabi airport - Jeti Krabi - Koh Phi Phi Island (3 jam)
Viewpoint untuk sunset

Day 2
Viewpoint untuk sunrise
Snorkeling dan sunset view

Day 3
berjalan2 sekitar Koh Phi Phi Island
solat di Masjid Koh Phi Phi
berkayak ke Monkey Cove
night market di Koh Phi Phi Island

Day 4
check out harmony House
Koh Phi Phi Island - Jeti Krabi - Krabi town
Check in Riverside Hotel di Krabi town
night market di Krabi Town

Day 5
Check out
Krabi town - Airport Krabi - KLIA 2



Senarai barang yang perlu dibawa
1.  Baju mandi
2.  baju dan seluar
3.  Sunblok (sangat berguna ketika snorkeling dan berkayak)
4.  Topi dan sunglass (tertinggal juga terpaksa beli kat sana 😅)
5.  Beg kalis air (utk simpan brg berharga cth purse, passport dan handphone semasa snorkeling)
6.  action camera
7.  Kasut getah/ selipar


kos yang dibelanjakan untuk 6 orang (kos tidak termasuk shopping)

RM
Tiket flight AA return : 1602
Harmony house : 869.36
Riverside hotel : 131.56
makan: 56.30
Jumlah RM: 2659.22

THB
Riverside hotel :  500
simkad :  150
van dari airport ke jeti (return) :  1200
entrance fees di Island:
Feri ke Koh Phi Phi Island (return) :  4800
viewpoint kali 1 : 30
viewpoint kali ke 2 : 60
berkayak (4 orang) : 200
snorkling dan sunset view : 2100
teksi dari jeti ke riverside hotel :  300
perbelanjaan makanan : 1882
Jumlah THB : 11222
Jumlah RM : 1494.43


So secara ringkasnya jumlah perbelanjaan keseluruhan untuk 6 orang adalah
RM2659.22 + RM1494.43
= RM 4153.65 

= RM692.28 seorang

Percutian ke Krabi, Thailand Part 4


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

Entry Krabi bersambung lagi.

jangan jemu ye.  Miss N memang suka buat entry part by part supaya senang u'll nak membacanya.

Day 4

Pagi tu kami bangun awal dan terus bersiap-siap.  perancangan nak naik feri jam 9 pagi supaya ada tambahan masa di Krabi Town nanti.  Selesai check out kami pun berjalan ke jeti.  sambil-sambil tu mata ni melilau melihat apa2 yang menarik untuk disnap gambar.

aneka jenis mesin ATM




perjalanan menaiki feri selama 3 jam terasa amat singkat sebab masing-masing tertidur keletihan.  so tak terasa lah.  Tak ramai sangat penempang dalam feri ni.  jadinya kami boleh duduk ikut suka aje.  Azim siap baring lagi.  best juga.


hero mama yang tak mahu berengang

inilah feri yang digunakan untuk ke Phi Phi Island tu.  besar dan selesa


dari jeti kami menaiki van untuk ke hotel. Kami menginap 1 malam di riverside hotel yang terletak di Krabi town.  Dekat shaja dengan Krabi night market.

 
biliknya ok la


lepas check in, berehat sekejap sebelum Miss N keluar untuk mencari apa2 yang sesuai untuk Lunch.  Perancangan nak sewa motosikal aje.  tp bila on google map, lokasi restoran makanan halal tu 500 m aje dari hotel terus tak jadi.  Menapak ajelah.  bukan jauh pun.  Miss N tapau aje untuk makan di dalam bilik hotel.  sebab masing-masing dah keletihan nak keluar.

Sebelah petang jam 5.30 barulah kami semua keluar (kecuali Izah).  target nak ronda-ronda sekitar Krabi town ni dan terus ke night market.


alam yang tak pernah mengecewakan


susah betul nak senyum di hero ni bila moodnya ke laut


bergambar kat replika ketam





motosikal kat sini.  raga kat bahagian depan

ais krim ! ais krim

nak tukar duit pun boleh kat sini


tiang traffic light yang unik

seaweed. kalau di sabah kita panggil latok

pulut mangga yang sedap

aneka kraftangan

hasil crochet.  i like 💓

crochet lagi 😍


ramai juga pengunjung Nnight market ni


macam-macam cenderamata



ada persembahan kebudayaan juga kat sini


Makanan halal memang banyak kat sini.  pilih sahaja yang mana berkenan.  Miss N kongsikan antara makanan yang Miss N beli kat sini.

mini pancake.  sedappp. rangup




air bubble tea

sejenis kekacang.  sedap juga.  isinya macam kacang tanah

rumpai laut yang meletup-letup dalam mulut bila digigit.  rasanya masin2 

pulut mangga

mini pancake
dah puas meronda-ronda, kami pun bergerak balik ke hotel untuk menikmati makanan yang dibeli dan berehat.

Day 5

keesokan pagi, kai membeli breakfast di restoran yang sama sebelum van yang ditempah datang untuk menghantar kami ke Airport.

sementara menunggu boarding

bas yang digunakan untuk ke flight.  x perlu jalan jauh

dalam bas



masa untuk ucapkan sayonara.  bye bye Krabi... percutian backpacker yang memberi banyak pengalaman untuk Miss N sebagai ibu, anak dan kakak.  Semoga berjumpa lagi di lain entry.

Sekian, wassalam