Tuesday, 9 December 2014

homemade cup cake

assalamualaikum semua

ini aktiviti hari Ahad lepas... hari ini baru sempat nak cerita....

al kisahnya semasa hujung minggu lepas sambil santai2 dengan anak2 menengok tv waktu tengahari tetiba teragak pulak nak buat cup cake..  sebelum tu sebelah pagi saya dah buat nasi lemak untuk brekfast dan lunch sekali. bijak tak? sekali buat nasi lemak seperiuk ko. macam nak berniaga nasi lemak.... konon2 nak decorate la macam ala2 master chef.. hentam lah labu.....





untuk membuat cup cake bahan2nya mudah sahaja.  kelebihan resepi ini adalah kerana tidak menggunakan serbuk penaik dan soda bikarbonat... sebenarnya resepi ini saya dapat daripada emak saudara husbnd. kira resepi turun temurun lah ni.....  gigih juga lah anakku Wani menolong ambil gambo step by step.  nak harapkan saya mengambil gambo tidaklah.  silap2 dengan henpon sekali masuk dalam mixer tu nanti.. hahahaha


bahan2

3 cawan tepung gandum
6 biji telur (asingkan kuning dan putih)
2 cawan butter
1 1/2 cawan gula
1 sudu teh esen vanila

cara2

1. mula-mula kita pukul putih telur sampai jadi ringan. tengok gambo di bawah ni.



2. lepas tu masukkan gula dan pukul lagi. kemudian masukkan butter.

 



 


 3.  setelah itu, barulah masukkan kuning telur. pukul lagi. jangan lama sangat.

 


 4.  masukkan tepung gandum dan esen vanila.  pukul lagi.

 



 



 




 


 5. masukkan ke dalam paper cup dengan menggunakan sudu.

 








 

6.  begini lah rupanya.  saya masukkan 1/2 cawan aje  sebab tak mahu cup cake tu penuh.  konon2 nak letak aising la atasnya...  bakar dalam over selama 15 minit pada suhu 180 darjah.

 


7.  inilah rupanya bila dah masak.. rancangan asal nak letak aising kat atas cup cake tu. tapi bila keluar aje daripada oven, bebudak terus serbu..termasuk mama dia sekali...  maka tak jadilah nak bubuh aising.

 

walaupun tak letak serbuk penaik dan soda bikarbonat, kek ini tetap naik dengan gebunya...  cuma cacat sikit sebab saya tak isi 2/3  macam yang selalu saya buat.  tapi yang penting cup kek ini sedappppp..... so kepada ibu2 kat luar sana yang bercadang nak buat kek tapi kehabisan serbuk penaik, bolehlah guna cara ini.  rasanya lebih sedap lagi tau.....


begitulah kisahnya..... sekian





like