Monday, 15 December 2014

masalah anak suka menconteng

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

mesti ramai kan yang ada masalah untuk mengawal anak2 daripada menconteng dinding. lagi haru kalau kita punya lah beriya2 pasang wall paper mahal.... tetiba ditambah pulak mural daripada tangan si kecil kita...memang keluar tanduk la jadinya. kalau tak pun mengaum keluar suara naga la siap dengan api lagi.... dasat imaginasi.... hahaha...

sambil2 menggoooooggle idea deco2 tetiba terjumpa satu gambo ni.  sumbernya lupa pulak nak diambil masa jumpa gambo ni. minta maap ye kepada empunya sumber.  sebenarnya entry ni dah seminggu duk dalam draft. bagus tak idea ni??? kalau kita ada anak2 yang suka menconteng dinding boleh aplikasikan idea ni... lagi besar kotak.. lagi bagus tau... memang lama lah bebudak duk main dalam kotak.  kat rumah saya ada satu kotak besar. saya tak ingatlah ukurannya tapi rasanya muat untuk 2 orang budak main dalam tu. boleh buat pondok2.  sekarang ni bebudak tu suka betul susun kusyen untuk dibuat pondok2.  jenuh nak mengemas.  lepas ni nak tukar sofa yang tak boleh ditanggal kusyennya. tak pun beli aje perabut jati yang kayu aje semuanya.. boleh gitu???




sekian... ringkas aje entry kali ini ye... yang penting nak tunjuk gambo kat atas ni. ting! mentol dah menyala...

like