Tuesday, 23 June 2015

cheese tart

assalamualaikum semua

hari ini saya nak kongsi resepi yang menjadi kegemaran kami anak beranak iaitu cheese tart. inilah rupa cheese tart yang sangat sedap di tekak saya anak beranak... 



bahan pastri
500 gm tepung
30 gm tepung susu (kalau tak mahu letak pun boleh)
120 gm gula 
340 gm mentega
80 gm telur (saya guna 2 biji telur gred B)
1 sudu esen vanilla

bahan filling
250 gm krim keju
120 gm mentega (unsalted tapi saya guna mentega yang salted aje)
120 gm gula ising
60 ml telur
20 ml jus lemon
inti blueberry secukupnya


cara-cara membuatnya

cara untuk pastri


  • gaulkan semua bahan pastri dan uli hingga jadi doh. boleh tengok gambar di bawah.


  • rehatkan 30 minit.  masukkan ke dalam acuan tart. cara nak masukkan dalam acuan tart seperti gambar di bawah ye.
 

  • mula2 kita ambil doh bulatkan dan masukkan dalam acuan.  lepas tu kita penyekkan dengan menggunakan jari hingga jadi macam gambar dibawah. yang ini kena pandai agak2. kalau nipis sangat pastri mudah pecah dan kalau tebal sangat nanti rasa banyak tepung daripada inti.






  • gunakan plastik cutter untuk membuang lebihan pastri pada bahagian atas acuan.  pastri akan kelihatan cantik dan rata.


 



  •  cucuk pastri tadi dengan garfu.  bertujuan untuk membuang gelembung udara.


  • beginilah rupa pastri yang dah siap dimasukkan dalam acuan.

  • bakar selama 10 minit pada suhu 180 darjah celcius.


  • bila dah masak keluarkan daripada acuan dan alaskan pastri dengan paper cup. boleh tengok gambar. biarkan sekejap dan bolehlah menyediakan bahan inti pulak...




cara untuk inti


  • pukul krim keju dan mentega hingga lembut.

  • masukkan gula icing, telur dan jus lemon. pukul hingga sebati.




  • masukkan krim keju ke dalam piping beg.  
  • inti blueberry juga dimasukkan ke dalam piping beg. 



  • picitkan inti blueberry ke dalam pastri. boleh tengok gambar.

  • selepas itu paipkan krim keju pula pada bahagian atasnya.

  • beginilah rupanya selepas dimasukkan inti blueberry dan krim keju. 


  • ambil sedikit inti blueberry dan tambah dengan sedikit warna purple. kemudian dengan menggunakan pencungkil gigi buat corak mengikut kreativiti sendiri ye. 
  • kemudian masukkan ke dalam oven dan bakar selama 5 minit pada suhu 180 darjah celsius.

siap....




like